awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengamal media harus mendukung prinsip berita tepat, beretika - Annuar

Bernama
Bernama
02/02/2022
08:55 MYT
Pengamal media harus mendukung prinsip berita tepat, beretika - Annuar
ANNUAR: Meskipun kerajaan amat menghormati prinsip kebebasan media, namun semua pihak mestilah mempunyai kebertanggungjawaban dalam pemberitaan dan laporan yang disiarkan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengamal media bertanggungjawab mendukung prinsip pelaporan berita yang tepat dan beretika sepanjang masa sekali gus akan meningkatkan integriti pihak media itu sendiri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) khususnya, menerima banyak aduan mengenai pengamal media melibatkan media konvensional, media dalam talian serta media sosial yang melanggar etika dan undang-undang negara.
"Dalam hal ini saya percaya semua pengamal media mempunyai keupayaan untuk membuat penilaian sendiri dan kekuatan moral untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan menjaga etika kewartawanan dalam setiap pelaporan berita yang disiarkan.
"Meskipun kerajaan amat menghormati prinsip kebebasan media, namun semua pihak mestilah mempunyai kebertanggungjawaban dalam pemberitaan dan laporan yang disiarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Annuar berkata pelaporan yang melanggar hak orang lain atau melanggar undang-undang tidak sepatutnya berlaku dan mestilah dielakkan kerana ia boleh mengakibatkan pihak media berdepan tindakan sivil atau tindakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengamal media
#berita tepat
#beretika
#MCMC
#KKMM
#Komunikasi dan Multimedia
#Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan