BANGI: Pengamal media Indonesia dan Malaysia perlu memanfaatkan aplikasi media sosial seperti WhatsApp untuk kekal berhubung bagi berkongsi perkembangan yang berlaku di kedua-dua negara, kata Presiden Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) Malaysia, Datuk Mokhtar Hussain.
Berucap pada majlis jamuan malam Iswami sempena program Lawatan Setia Kawan Media Indonesia ke Malaysia,di sini, semalam, Mokhtar berkata medium tersebut sekali gus menjadi platform pemerkasaan hubungan akrab sedia ada antara pengamal media kedua-dua negara itu.
"Ada baiknya media dari dua negara ini (Malaysia-Indonesia) sentiasa berkongsi perkembangan negara masing-masing.
"Sebagai contoh, kita telah tubuhkan kumpulan Whatsapp yang membolehkan kita berhubung setiap hari," katanya.
Mokhtar berkata sebagai tanda terima kasih Iswami Malaysia terhadap Iswami Indonesia yang menerima undangan bagi menghadiri program selama empat hari bermula semalam, pihaknya bercadang untuk mengadakan sesi lawatan wartawan muda Malaysia ke Indonesia tidak lama lagi.
Antara yang hadir pada majlis itu adalah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif,Pertubuhan Berita Nasional (Bernama), Roslan Ariffin, Penasihat Iswami, Datuk Zakaria Abdul Wahab dan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarang IDN Times, Umi Kalsum melahirkan rasa kagum kerana diberi peluang melawat studio Les’ Copaque Production, syarikat penerbitan animasi yang menghasilkan siri TV animasi 3D popular ‘Upin Ipin’ di Shah Alam, Selangor semalam.
"Sajian program ini adalah luar biasa, kami dapat banyak perspektif baharu yang bermanfaat buat kami semua. Kami juga dapat edukasi pembaca kami hasil daripada lawatan ini," katanya.
Justeru itu, beliau berharap program seumpama itu dapat memperkasakan hubungan akrab sedia ada antara pengamal media Malaysia-Indonesia.
Program lawatan tersebut adalah kesinambungan daripada Program Pemimpin Media Utama Indonesia yang hadir pada Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 di Melaka, 19 Mei lepas.
Iswami ditubuhkan pada 8 Jan 2008 dan dianggotai pelbagai agensi, pertubuhan serta organisasi media Malaysia manakala Iswami Indonesia dipimpin oleh Asro Kamal Rokan.
Persatuan itu ditubuhkan bertujuan mengharmonikan hubungan dua hala dalam menangani isu-isu berkepentingan bersama, selain berperanan sebagai pengantara kepada media di kedua-dua negara dalam menangani isu-isu semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022
Mokhtar (dua, kanan) beramah mesra bersama sebahagian ahli-ahli Ismawi pada majlis malam tadi. Turut kelihatan, Johan (tiga, kiri). --fotoBERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis
Tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.
Sarawak mahu pengamal media, pelajar jadi ejen tidak rasmi sampaikan sentimen rakyat
Datuk Abdullah Saidol, berkata ini supaya Kerajaan Negeri dapat mengetahui sejauh mana rakyat faham tentang dasar yang dilaksana.
Pengamal media main peranan penting beri pandangan, ulasan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengamal media memainkan peranan penting dalam memberi pandangan, ulasan serta pencerahan dalam negara demokrasi.
Kod etika wartawan baharu bertepatan keperluan dunia kewartawanan - Shabery
Ia selaras dengan peredaran zaman dan cabaran teknologi serta peranan penting mereka sebagai suara rakyat.
Kod Etika Wartawan perlu diamalkan oleh 'citizen journalist'
Prof Madya Dr Jessica Ong Hai Liaw berkata kod etika berkenaan juga dilihat mampu melonjakkan profesionalisme kewartawanan.
Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu, tepat pada masanya untuk kekalkan profesionalisme
Kod Etika Wartawan Malaysia mengingatkan golongan pengamal media mengenai kepentingan profesionalisme dalam menyebarkan maklumat dengan integriti.
Kementerian Komunikasi teliti perlindungan kepada pemain industri hiburan, pengamal media
Kementerian Komunikasi sedang mencari penyelesaian terbaik bagi mendapatkan perlindungan kepada pengamal media separuh masa, kru filem, kru muzik dan kru produksi belakang tabir.
Pengamal media akan berpeluang sertai sukarelawan APM - Ahmad Zahid
Pengamal media akan diberi peluang menyertai sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sebagai usaha memberi nilai tambah dalam pengendalian bencana dan pelaporan berita khususnya di lokasi kejadian,
Caruman Perkeso untuk pengamal media termasuk wartawan sambilan perlu disegerakan - Fahmi
Pelaksanaan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk wartawan khususnya "stringer" atau wartawan sambilan perlu disegerakan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi azam mahu pastikan tiada pemberhentian kerja dalam kalangan pengamal media
Fahmi meletakkan azam mahu memastikan tiada pemberhentian kerja berlaku dalam kalangan pengamal media selama beliau menggalas tanggungjawab selaku peneraju kementerian itu.