PUTRAJAYA: Pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu pada hari ini dilihat tepat pada masanya untuk membimbing dan mengingatkan golongan pengamal media mengenai kepentingan profesionalisme dalam menyebarkan maklumat dengan integriti dan pandangan yang seimbang serta adil.
Kod yang dibangunkan lebih tiga dekad lepas telah dikemas kini untuk merangkumi cabaran dan landskap semasa sambil mengekalkan matalamat sama, iaitu terus memacu media tempatan sebagai satu sumber boleh dipercayai untuk rakyat, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Mengulas mengenai kod versi baharu itu, Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan, Datuk Ahirudin Attan berkata sudah tiba masanya kerajaan membuat semakan semula kod etika itu
"Kini kami telah melangkah ke dunia digital dan setiap apa pun boleh diakses secara dalam talian jadi pada asasnya kewartawanan juga perlu dan telah berubah, jadi kami perlukan versi baharu kod etika ini.
Kod ini tidak bermaksud untuk merumitkan atau mengongkong kebebasan media sebaliknya ia akan membezakan kita dengan 'citizen journalist' atau apa yang saya panggil 'quasi journalist'," katanya kepada Bernama di luar Majlis Pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia, di sini hari ini.
Ahirudin yang juga dikenali sebagai "Rocky Bru" berkata, hanya wartawan profesional sahaja mampu mematuhi kesemua lapan kod yang disemak semula oleh Jabatan Penerangan (JaPen).
"Tak kisah lah Kod Kewartawanan 1989 ka (sewaktu kali pertama dilancarkan) , kod 2024 ka ataupun kod Kewartawanan 2030 ka selaku golongan profesional kami boleh (mematuhi kod itu)...kerana kami bercakap soal berlaku adil, ketelusan dan berasaskan fakta.
Kami tidak berkhidmat kepada ahli politik atau ahli perniagaan tetapi memberi khidmat kepada orang ramai, rakyat dan hanya wartawan profesional mampu berbuat demikian. Kami adalah yang tulen," tegas beliau.
Bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Yong Soo Heong pula berkata, Kod Etika Wartawan Malaysia akan mendukung nilai dan standard kerjaya ini dan pada masa sama membina keyakinan dan kewibawaan dalam kalangan pembaca atau penonton.
Yong yang juga Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI) berkata, kod itu memberi panduan kepada pengamal media untuk memelihara integriti dalam pekerjaan mereka ketika mengejar laluan kebenaran, keadilan dan kebebasan.
"Dalam mematuhi kod etika ini, ia juga boleh menyediakan perlindungan perundangan kepada wartawan untuk mempertahankan diri daripada dakwaan memfitnah atau isu lain," katanya.
Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, sememangnya satu perkara yang baik untuk ada penambahbaikan.
"Saya berpeluang untuk menyertai sebahagian daripada perbincangan dan secara keseluruhan kod etika ini merupakan panduan yang baik untuk media apabila kami menghantar berita," katanya.
Kod Etika Wartawan Malaysia yang merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), menggariskan lapan tanggungjawab utama wartawan.
Selain daripada menjadi suara kepada masyarakat majmuk dan menjadi agen pemudah cara dialog, mereka perlu telus dan berintegriti apabila menjalankan tanggungjawab mereka.
Mereka juga digalakkan supaya konsisten untuk berlaku adil dalam menyampaikan maklumat dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan peribadi.
- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Fahmi (tengah) hadir pada Majlis Pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia, di Putrajaya, pada Selasa. - Foto Facebook Kementerian Komunikasi
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Kod Etika Wartawan tidak akan sekat kebebasan bersuara media - Fahmi
Kod Etika Wartawan Malaysia akan memacu media di Malaysia sebagai sumber dipercayai rakyat dalam memberi maklumat tepat dan sahih.