Penggiat industri media hari ini menyambut baik cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak untuk mengadakan Hari Wartawan Kebangsaan Malaysia mulai tahun ini.
Pengurus Besar, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Zulkefli Salleh berkata, cadangan itu disifatkan sebagai sangat pratikal dan bertepatan dengan masa.
Katanya, ini kerana telah tiba masanya peranan wartawan di Malaysia diberi satu penghormatan secara rasmi di peringkat nasional.
"Kita akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkaitan bagi merealisasikan cadangan itu," katanya kepada Bernama di sini.
Zulkefli, yang juga presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami), berkata, tidak dapat dinafikan sememangnya banyak pihak mengiktiraf sumbangan media cetak tetapi dengan wujudnya Hari Wartawan Kebangsaan, ia merupakan satu pengiktirafan secara rasmi bagi memperingati jasa dan perjuangan wartawan dalam negara.
Sementara itu, Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata, cadangan tersebut adalah sesuatu yang sangat dinantikan bagi menterjemahkan jasa dan sumbangan industri kewartawanan di Malaysia.
Beliau berkata wartawan di Malaysia adalah medium perjuangan agama, bangsa dan negara, malah ia juga memainkan peranan menyuntik semangat perjuangan menuntut kemerdekaan ketika zaman penjajahan.
"Kita harus menerima hakikat bahawa akhbar dan golongan wartawan telah memberi sumbangan penting sejak zaman perjuangan menuntut kemerdekaan sehinggalah zaman mengisi kemerdekaan sekarang," katanya.
Semalam, Salleh berkata, sudah tiba masanya Malaysia mempunyai Hari Wartawan Kebangsaan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan golongan pengamal media dalam perjuangan membangunkan negara.
Katanya, kementeriannya bersedia bekerjasama dengan pihak pimpinan organisasi media di Malaysia bagi melaksanakan acara tersebut.
Salleh membuat cadangan itu semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Bersama Media Indonesia sempena sambutan Hari Pers Nasional Indonesia di sini.
Salleh berada di sini bagi mengetuai delegasi 20 pengamal media Malaysia bagi menghadiri majlis perasmian Hari Pers Nasional oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2017
Komuniti petugas media menyifatkan cadangan itu satu penghargaan. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pengamal media sambut baik cadangan wujud Hari Wartawan Kebangsaan
Penggiat industri media hari ini menyambut baik cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak untuk mengadakan Hari Wartawan Kebangsaan Malaysia mulai tahun ini.