PUTRAJAYA: Seorang pengamal perubatan Islam hari ini gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk mencabar perlembagaan berhubung keabsahan peruntukan dalam Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775) berkaitan pengubatan Islam dan perubatan tradisional Melayu.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh menolak permohonan Ramli Ghani untuk mendapatkan kebenaran itu kerana berpendapat Ramli tidak memenuhi syarat di bawah Perkara 4 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata Parlimen adalah kompeten untuk menggubal undang-undang atau Akta 775 dan menambah Seksyen 25 Akta itu hanyalah peraturan bagi pendaftaran pengamal perubatan termasuklah pengubatan Islam dan perubatan tradisional Melayu.
"Melihat keseluruhan akta, saya mendapati ia tidak melibatkan penentuan hukum syarak dan juga adat Melayu," kata Hakim Zawawi.
Ramli memohon kebenaran untuk memulakan cabaran perlembagaan kerana mendakwa Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang berhubung teknik pengubatan dalam Islam yang berada di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri dan Sultan adalah ketua agama.
Ramli menamakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan sebagai responden.
Ramli mendakwa akta itu tidak berperlembagaan kerana perkara berkaitan dengan pengubatan Islam dan perubatan tradisional Melayu adalah di bawah kuasa, prerogatif dan keistimewaan Sultan seperti yang dijamin di bawah Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga mendakwa Seksyen 25 dan 26 Akta itu adalah terbatal dan tidak sah.
Seksyen 25 menyatakan seseorang yang bukan seorang pengamal berdaftar tidak boleh, secara langsung atau tidak langsung, mengamalkan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari dan sekiranya disabitkan kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 26 menyatakan pengamal berdaftar tidak boleh mengamal bidang amalan yang diiktiraf kecuali jika dia memegang perakuan pengamalan yang sah dan berkuat kuasa.
Pada prosiding hari ini, Ramli yang diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali berhujah pengubatan Islam adalah berkait dengan agama Islam dan aspek rawatan yang diberikan oleh pengamal perubatan Islam adalah berkenaan rawatan terhadap penyakit mistik dan kerohanian yang tidak boleh digolongkan dalam kategori perubatan moden.
Beliau berkata akta itu tidak sah kerana Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk menentukan dan menetapkan garis panduan perubatan Islam kerana ia melibatkan undang-undang Islam.
"Pengubatan Islam tidak boleh dipisahkan daripada penggunaan ayat-ayat suci al-Quran dan Sunah Nabi," katanya.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili KKM dan kerajaan berhujah akta itu adalah untuk mengawal selia perkhidmatan kesihatan dan perubatan termasuk profesion perubatan, yang berada di bawah Perkara 14, Senarai 1 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
"Oleh itu Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal akta tersebut," katanya.
Shamsul berkata Seksyen 5 Akta itu juga memperuntukkan fungsi dan kuasa Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari yang mengawal selia perkhidmatan perubatan tradisional di Malaysia tetapi tidak berkaitan dengan perkara mengenai agama Islam dan adat resam Melayu.
"Skop mengawal selia dan menguruskan pengamal perubatan oleh Majlis di bawah akta ini termasuk soal tatatertib," katanya sambil menambah peruntukan itu tidak menyentuh penentuan perkara undang-undang Islam dan adat Melayu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
Ramli memohon kebenaran untuk memulakan cabaran perlembagaan kerana mendakwa Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang berhubung teknik pengubatan dalam Islam. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Mufti cadang adakan mesyuarat bincang isu perubatan Islam dalam talian
Ia bagi menetapkan hukum berkenaan perkara tersebut dan diselaraskan di seluruh negara agar tidak disalah guna.
Pengamal perubatan Islam gagal dapat kebenaran cabar keabsahan Akta 775
Ramli memohon kebenaran untuk memulakan cabaran perlembagaan kerana mendakwa Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang berhubung teknik pengubatan dalam Islam.
Bekas ADUN Bangi Amran Kasimin meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 5.56 petang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sekolah histeria: Pengamal perubatan Islam bantu halau makhluk halus
Beberapa pengamal perubatan Islam dan dukun sudah memulai sesi menghalau makhluk halus di sekolah berkenaan.
Histeria terlihat 'lembaga hitam': SMK Pengkalan Chepa 2 ditutup sementara
kesemua pelajar dan guru juga diberi cuti peristiwa sehari selepas insiden gangguan bermula pada Isnin.