awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengambilan dos penggalak rendah di kawasan Kerian, Larut, Matang, Selama - Exco

Bernama
Bernama
08/02/2022
08:46 MYT
Pengambilan dos penggalak rendah di kawasan Kerian, Larut, Matang, Selama - Exco
MOHD AKMAL: Peratusan rendah bagi pengambilan dos penggalak ini berlaku di seluruh negara bukan di Perak sahaja. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Beberapa daerah di Perak seperti Kerian, Larut, Matang dan Selama antara kawasan mencatatkan pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 yang rendah, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin.
Beliau berkata setakat hari ini, kira-kira 42.9 peratus sahaja daripada 1.8 juta rakyat di negeri ini yang lengkap vaksinasi telah mengambil suntikan dos penggalak tersebut bagaimanapun, pihaknya menjangkakan ia akan meningkat mencecah 50 peratus sebelum ketibaan Aidilfitri.
"Peratusan rendah bagi pengambilan dos penggalak ini berlaku di seluruh negara bukan di Perak sahaja. Di sini bukan kerana masalah bekalan, tetapi pelbagai faktor antaranya pengaruh media sosial dan perkongsian maklumat yang tidak tepat.
"Dahulu, ada pihak marah kenapa bekalan vaksin lambat, kini bekalan dos penggalak banyak dan seharusnya yang belum ambil dos itu boleh 'walk-in' sahaja ke mana-mana klinik kerajaan atau swasta mengikut Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama sewaktu menghadiri program 'Hari Bertemu Pelanggan' di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Exco-Exco kerajaan negeri.
Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi Twitternya meminta orang ramai untuk mengambil suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 buat mereka yang masih belum menerimanya memandangkan negara sedang dihimpit gelombang varian Omicron.
Mohd Akmal berkata orang ramai perlu memberi sokongan kepada penggambilan dos penggalak demi kepentingan kesihatan mereka sendiri sekali gus memberikan perlindungan daripada gejala serius seperti Omicron yang boleh menyebabkan kemasukan ke hospital atau Unit Rawatan Rapi (ICU).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#vaksin
#booster
#kerian
#Larut
#matang
#Selama
#Mohd Akmal Kamarudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan