PUTRAJAYA: Kerajaan berpandangan adalah tiada keperluan untuk membincangkan justifikasi Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak.
Justeru, Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil memberitahu, isu pengurangan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang bersidang pada Rabu.
Malah katanya, Lembaga Pengampunan juga sebelum ini secara lazimnya tidak pernah memberikan sebagai kenyataan berhubung justifikasi keputusan mereka.
"Perdana Menteri ada menegaskan apa yang beliau sebutkan semalam dan dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, jadi kita berpegang kepada kenyataan itu.
"Pada masa sama, setahu saya, Jemaah Menteri tidak ada membincangkan keperluan untuk Lembaga Pengampunan membuat sebarang pengumuman," katanya pada sidang media pasca Kabinet di sini, pada Rabu.
Jumaat lalu, Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan bekas Perdana Menteri itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Selain tarikh pembebasan awal itu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, turut mengumumkan denda perlu dibayar oleh Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Dalam pada itu ketika ditanya sama ada wujud keperluan Lembaga Pengampunan membuat penjelasan berhubung pengurangan hukuman Najib, Fahmi berkata, beliau selari dengan pandangan pakar perlembagaan, Prof Datuk Shad Saleem Faruqi seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa perbincangan Lembaga Pengampunan berstatus rahsia.
"Saya terima pandangan pakar perlembagaan, Prof Datuk Shad Saleem Faruqi. Beliau menyatakan bahawa perbincangan dalam Lembaga Pengampunan ini berstatus rahsia dan saya bersetuju dengan pandangan itu," tambahnya.
Umavathi Ramayah
Wed Feb 07 2024
Fahmi memberitahu, isu pengurangan hukuman terhadap Najib Razak tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang bersidang pada Rabu. - Gambar fail/Bernama
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.
Kerajaan naikkan gaji walaupun warisi hutang
Walaupun mewarisi hutang yang besar, kerajaan tidak melepaskan tanggungjawab untuk menjaga dan membela nasib penjawat awam, untuk menaikkan gaji.
Kenaikan gaji hargai penjawat awam termasuk pasukan bomba - Anwar
Keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka terutama ketika negara berdepan bencana dan kejadian tidak diingini.
Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia
Apa 'kata-kata hikmat' yang disampaikan oleh Juara Dunia sebanyak lapan kali, Datuk Nicol David, kepada Sivasangari?
Pesawat terhempas: Polis serah siasatan kepada CAAM
Polis serahkan kepada pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membuat siasatan berhubung pesawat ringan terhempas di Trolak, Perak.
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
Piala Thomas: Lee Chong Wei seru penyokong banjiri tayangan skrin besar
"Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing."
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Konflik di Gaza terus jadi "perang terhadap wanita" - UNRWA
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata UNRWA.
Pengampunan Najib: Tegur 'kacang hantu' dalam parti gabungan kerajaan - Zahid
Pandangan tersebut tidak mencerminkan pendirian rasmi parti, kerana ia tidak dikeluarkan oleh pemegang jawatan utama parti.