awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengampunan Najib: UMNO hormati keputusan YDPA, teruskan usaha dapatkan pembelaan

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
03/02/2024
07:55 MYT
Pengampunan Najib: UMNO hormati keputusan YDPA, teruskan usaha dapatkan pembelaan
UMNO menjelaskan parti itu menghormati keputusan dan hak mutlak yang telah diambil oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) hari ini bersetuju meneruskan usaha mendapatkan pembelaan terhadap bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi satu kenyataan, MKT juga bersetuju agar pembelaan tersebut disesuaikan dengan laras undang-undang negara.
Kenyataan itu juga menyebut, MKT terus berpegang kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO yang mahukan usaha pembelaan ke atas bekas Perdana Menteri itu.
“UMNO ingin menegaskan, pembelaan terhadap Datuk Seri Najib dibuat kerana berasakan beliau tidak mendapat keadilan seawal proses perbicaraan.
“Sehubungan itu, UMNO berharap atas prinsip keadilan, Perdana Menteri akan sama-sama menjunjung semangat ini,” kata kenyataan itu, hari ini.
UMNO tangguh kolokium, bincang isu pengampunan Najib
Pada masa sama, UMNO menjelaskan bahawa parti itu menghormati keputusan dan hak mutlak yang telah diambil oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
BACA: Hukuman Najib turun kepada 6 tahun, denda RM50 juta
Pada Jumaat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan berkata, bersetuju mengurangkan hukuman dan denda yang dikenakan terhadap Najib.
Lembaga tersebut mengesahkan hukuman penjara bekas Perdana Menteri itu dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#pengampunan Najib
#MKT UMNO
#keputusan MKT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan