MUAR: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya di sebuah rumah di Taman Temiang Utama di sini, minggu lepas.
Tertuduh, Lim Seng Chai, 47, didakwa membunuh Tan Choo Gek, 73, antara 7 malam dan 8.20 malam, 18 Jun lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Lelaki itu mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Analia Kamaruddin, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mahkamah menetapkan 27 Julai untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan kimia.
Mahkamah turut memerintahkan Lim dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru bagi menjalani pemeriksaan mental.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabihah Mohd Noor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada 19 Jun lepas, Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz dilapor berkata seorang warga emas maut dipercayai dibunuh anak lelakinya yang ditegur mangsa kerana membuat bising dalam kejadian di sebuah rumah.
Raiz Mukhliz dipetik berkata wanita itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta leher kerana dipercayai dipukul oleh anaknya yang didapati mempunyai rekod psikiatri lampau dengan menggunakan senjata tajam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023
Lim Seng Chai didakwa di Mahkamah Majistret Muar hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya di sebuah rumah di Taman Temiang Utama di sini, minggu lepas. - Foto BERNAMA
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Wanita dipenjara 26 tahun bunuh ibu kandung
Heather Mack juga dituduh bersubahat menyorok mayat ibunya itu di dalam beg pakaian.
Penganggur didakwa bunuh ibu kandung
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya di sebuah rumah di Taman Temiang Utama di Muar, minggu lepas.
Anak kerat ibu: Suspek mungkin ada masalah mental - Polis
Suspek memukul kepala mangsa terlebih dahulu sehingga pengsan sebelum dikerat beberapa bahagian.
Penganggur didakwa bunuh ibu kandung
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Maran hari ini, atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya, minggu lalu.
Penagih dadah bunuh ibu kandung di Ampang
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu, suspek, 23, telah membunuh ibunya yang berusia 49 tahun.