awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa cuba sebabkan kematian polis, langgar dengan kereta

Bernama
Bernama
14/10/2025
10:45 MYT
Penganggur didakwa cuba sebabkan kematian polis, langgar dengan kereta
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 hingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan cuba menyebabkan kematian dua anggota polis dengan melanggar mereka pada Ogos lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang penganggur, Quah Mun Foo, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan cuba menyebabkan kematian dua anggota polis dengan melanggar mereka di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras pada 30 Ogos lalu.
  • Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 hingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 15 Disember untuk sebutan semula kes.

Quah Mun Foo, 49, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Koperal Imanuil Soineh, 34, dan Sub Inspektor Mohd Nor Erzuwan, 38, di pintu masuk sebuah pangsapuri di Jalan Tasik Permaisuri serta persimpangan lampu isyarat di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras dekat sini antara 11.30 malam dan 11.40 malam 30 Ogos lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun serta denda, dan jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Adiba Iman Md Hassan menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan namun tertuduh, yang tidak diwakili peguam, memohon jaminan rendah.
Hakim Noridah Adam membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 15 Dis ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#langgar polis
#kes mahkamah
#Quaoh Mun Fo
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan