Seorang penganggur didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menghantar komunikasi jelik dan menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook miliknya berkaitan COVID-19.
Hakim M. M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Shahrizal Md Shah Rudin, 30, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah secara sedar membuat dan memulakan satu hantaran yang menghina PDRM menggunakan akaun Facebook miliknya iaitu ‘Riz Mhmd’ dengan niat menyakitkan hati orang lain.
Mahkamah turut memerintahkan OKS menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu. OKS membayar denda.
Mohammad Shahrizal dituduh melakukan perbuatan itu pada 8 malam, 28 April lepas mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya.
Hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini pada 12.45 tengah hari, 30 April lepas.
Edwin berkata mahkamah mengambil kira kesalahan OKS yang membuat penghantaran komunikasi jelik terhadap pihak polis yang bertugas sebagai barisan hadapan semasa COVID-19.
“Saya mengambil kira struktur bahasa dan adab komunikasi yang telah dibuat tidak keterlaluan. Sungguhpun saya mendapati OKS tidak mempunyai apa-apa niat curang untuk meluahkan perasaannya melalui komunikasi yang dilakukan, namun, kamu tidak sepatutnya membuat perbandingan antara anggota polis yang bertugas sebagai barisan hadapan dengan orang-orang lain seumpamanya,” katanya.
Beliau berkata perbandingan yang dilakukan sungguhpun dibuat dengan tujuan sindiran, namun ia memperlekehkan sumbangan dan jasa baik anggota polis yang berkhidmat dalam menangani COVID-19.
“Penghantaran komunikasi jelik oleh OKS tidak kena pada tempat dan waktu, terutama semasa anggota polis yang bertugas sebagai barisan hadapan. Mahkamah berharap OKS mengambil iktibar terhadap hukuman ini,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Annur Atiqah Abd Hadi manakala OKS tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, pengadu iaitu Inspektor Ahmadin Mohd Salleh yang sedang berada di pejabat JSJK Bukit Aman telah terlihat tangkap skrin (screenshot) yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Twitter bertarikh 29 April lepas dan pemilik akaun itu adalah OKS.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020
Mahkamah mengambil kira kesalahan OKS yang membuat penghantaran komunikasi jelik terhadap pihak polis yang bertugas sebagai barisan hadapan semasa COVID-19.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Penganggur didenda RM2,000 hina polis dalam FB berkaitan COVID-19
Mahkamah turut memerintahkan OKS menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu. OKS membayar denda.