awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didenda RM3,500 rakam video wanita tukar pakaian di bilik persalinan

Bernama
Bernama
27/01/2025
09:07 MYT
Penganggur didenda RM3,500 rakam video wanita tukar pakaian di bilik persalinan
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau didenda atau kedua-duanya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengaibkan kehormatan seorang wanita warga Indonesia dengan merakam video mangsa yang sedang menukar pakaian di bilik persalinan sebuah kedai barangan sukan, Jumaat lepas.
Majistret Aina Azahra Arifin turut mengarahkan Wan Muhammad Haziq Danial Wan Ali, 24, dihukum penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di premis berkenaan yang terletak di sebuah pusat beli-belah di sini pada 9.20 malam, 25 Jan lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.
Terdahulu, lelaki itu yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda minimum atas alasan tidak bekerja dan perlu menanggung keluarga namun Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh mencadangkan hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.
--BERNAMA
TAG: mahkamah, aib kehormatan, rakam video, tukar pakaian, denda
Topic Berkaitan
#aib kehormatan
#tukar pakaian
#Mahkamah Majistret
#kepentingan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan