Seorang penganggur didenda RM9,500 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat komen jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan aplikasi Twitter, Disember tahun lalu.
Hakim Najwa Che Mat turut memerintahkan tertuduh, Mohamad Arif Fadila Arbain, 26, dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang menggunakan akaun Twitter atas nama @SangAlgojoe, melakukan kesalahan itu pada 9.32 malam, 1 Disember 2015 dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.
Komen jelik itu dibaca di Stadium Darul Aman, di sini pada 10 Jan 2016.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.
Terdahulu peguam tertuduh, Lim Wei Yong daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman seringan-ringannya kepada anak guamnya memandangkan tertuduh baru sahaja berhenti kerja sebagai pembantu kedai makan dan perlu menanggung bapanya yang menghidap kencing manis dan darah tinggi.
Bagaimanapun Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mohd Sophian Zakaria mahu hukuman tegas diberikan kepada tertuduh kerana kes tersebut merupakan kepentingan awam dan perlu menjadi pengajaran kepada masyarakat.
"Kesalahan ini serius dan jika tidak dicegah khususnya oleh mahkamah akan memberi mesej kepada masyarakat untuk bebas membuat komen jelik atau tidak baik kepada mana-mana pihak," katanya.
Tertuduh dalam rayuannya pula berkata menyesal dengan perbuatannya dan tidak akan melakukan perbuatan itu lagi pada masa akan datang. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 22 2016
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang menggunakan akaun Twitter atas nama @SangAlgojoe, melakukan kesalahan itu pada 9.32 malam, 1 Dis 2015 dengan niat untuk menyakiti hati orang lain. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
Polis siasat lima kes berita palsu berkaitan koronavirus
Antara kenyataan palsu di Facebook melibatkan akaun bernama Mr Kong Tuck Wah, Ibu Yati, Roti Sardeen dan Gabungan Anak Terengganu.
Semak semula akta, elak pesalah terlepas
Ahli akademik menyifatkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Hasutan perlu disemak.