awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC

Astro Arena
Astro Arena
19/01/2025
10:06 MYT
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Bekas kapten skuad kebangsaan Thailand itu menerima denda daripada AFC sebanyak AS$2,000 (RM9,006) selain tambahan penggantungan dua perlawanan. - Stadium Astro
KAPTEN Buriram United dan bintang Thailand, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berikutan kekasaran tidak masuk akal dilakukannya ke atas pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.
Dalam pertemuan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di antara JDT dan Buriram di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri bulan lalu, Theerathon dilayangkan kad merah selepas lensa video bantuan pengadil (VAR) mengesan pertahanan sayap itu memicit kemaluan Arif Aiman sehingga bintang tuan rumah itu terbaring.
Media-media Thailand melaporkan bekas kapten skuad kebangsaan mereka itu menerima denda daripada AFC sebanyak AS$2,000 (RM9,006) selain tambahan penggantungan dua perlawanan (keseluruhan tiga) atas tindakannya yang bertentangan dengan semangat kesukanan.
Teerathon Bunmathan on insiden nakal ke atas Arif Aiman. I would like to apologize for my inappropriate actions. I deeply regret and am very disappointed in myself for being unable to control my emotions. It should not have happened@ASTROARENA pic.twitter.com/ioRqqn2OxX
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 5, 2024
Ia menyaksikan pertahan berpengalaman berusia 35 tahun itu akan terlepas dua aksi Liga Timur ACLE menentang Ulsan HD dan Gwangju, masing-masing pada 12 dan 18 Februari ini.
Sebagai rekod Buriram kini sedang menduduki tangga kelapan Liga Timur ACLE dengan lapan mata manakala JDT pula berada di tangga keenam dalam liga 12 pasukan itu, juga dengan lapan mata. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#kapten Buriram United
#Theerathon Bunmathan
#Arif Aiman
#JDT
#hukuman berat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan