KOTA BHARU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis atas pertuduhan cuba membunuh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semasa sekatan jalan raya di Jalan Kuala Krai, di sini, bulan lalu.
Tertuduh, Mohd Noor Nashriq Nawawi, 28, mengaku salah terhadap pertuduhan di hadapan Hakim, Nooriah Osman.
Hukuman terhadapnya bagaimanapun ditetapkan pada 20 Februari ini.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohd Noor Nashriq melakukan cubaan bunuh terhadap Mohamed Azrin Abdul Wahab, 44, dengan melanggar mangsa ketika tertuduh memandu kereta jenis Perodua Kancil dengan mengetahui perbuatan itu boleh menyebabkan kematian dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.
Bagi dakwaan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pada pertuduhan kedua, tertuduh didakwa gagal mematuhi isyarat munasabah untuk berhenti yang diberikan oleh Pembantu Penguat kuasa JPJ, Ahmad Shukri Ibrahim, 41.
Bagi pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 78 (2) Akta 333 yang jika disabitkan boleh didenda maksimum RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh maksimum enam bulan atau kedua-duanya.
Kedua-dua kesalahan dilakukan di hadapan Akademi Jabatan JPJ Wilayah Timur, Jalan Kuala Krai, di sini, pada jam 9 malam, 19 Januari lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad.
Pada prosiding itu, mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Dalam perkembangan lain, Mohd Noor Nashriq turut mengaku pada dua tuduhan memiliki 3.5 gram (g) dadah jenis heroin dan 1.2 g methamphetamine di kawasan flat Taman Bahagia Wakaf Mek Zainab di sini, pada 4 Februari lalu.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 April ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 08 2024
Tertuduh, Mohd Noor Nashriq dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, pada Khamis. - Gambar/ Sinar Harian
Zon aliran bebas Wang Kelian sedia dibuka semula
Kerajaan Persekutuan menzahirkan kesediaan dalam membuka semula zon aliran bebas sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian, Perlis yang sebelum ini ditutup sejak tahun 2015.
Pelancong China, India dipantau melalui data biometrik
Kerajaan sentiasa memantau keberadaan pelancong China dan India yang memasuki Malaysia melalui Pelan Liberalisasi Visa (PLV) dengan menggunakan data biometrik yang diperoleh ketika memasuki negara ini.
Piala Asia: Malaysia tempah slot separuh akhir
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan mara ke separuh akhir Piala Asia 2024 selepas menundukkan Iran 4-2 pada saingan terakhir Kumpulan A di Chonburi, Thailand malam ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM akui pertemuan dengan pemimpin Hamas timbulkan keresahan rakan khususnya di Barat
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata Malaysia hanyalah sebuah negara bebas yang menyokong usaha-usaha perdamaian di Semenanjung Gaza.
Dua gerai pasar malam di Nilai ditimpa pokok tumbang
Sebatang pokok tumbang dan menimpa dua khemah peniaga di tapak pasar malam Taman Semarak susulan hujan lebat petang tadi.
Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
Penganggur mengaku langgar, cuba bunuh anggota JPJ
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan cuba membunuh anggota JPJ semasa sekatan jalan raya di Jalan Kuala Krai.