ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mei 2024.


1. Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul

Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan bersama Perdana Menteri.



2. PM Anwar bertemu ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar

Perdana Menteri berpeluang menyampaikan ucapan takziah kepada Ismail yang kehilangan ahli keluarga dalam pengeboman kejam rejim Zionis.


3. Malaysia negara pertama lengkapkan kontrak dalam E-Haj

Malaysia juga berjaya menjadi negara pertama menerima kelulusan visa haji untuk tahun ini.


4. Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.


5. Faisal Halim dipindahkan ke wad biasa

Penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim, mendapat perkhabaran positif apabila telah dipindahkan ke wad biasa bagi meneruskan proses pemulihan di hospital ketika ini.


6. 1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap veteran DAP itu.


7. Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM

Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023) iaitu seramai 33.2 juta penduduk, menurut laporan perangkaan demografi bagi ST1 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


8. Kes Zulfarhan: 12 bekas penuntut UPNM berdepan kesan sepanjang hayat

Bekas penuntut UPNM yang menyebabkan kecederaan terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu, memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa mereka telah menerima kesan kejadian sepanjang hayat.


9. Kes fitnah jenayah: Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard

Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard, yang melarang beliau daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan kes fitnah jenayah yang dihadapinya.


10. Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia

Bercakap pada Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 di sini pada Selasa, beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).