awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun

Bernama
Bernama
27/12/2024
09:35 MYT
Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Tertuduh antara didakwa merompak dua buah telefon bimbit, sebuah tablet pintar dan wang RM270 milik Anis Md Mollah di kawasan industri di Jalan Kepong di sini pada 9.20 pagi, 20 Okt lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis pada Oktober dan November lepas.
Hakim Egusra Ali memerintahkan Mohd Khairee Mat Yasin, 35, dipenjara enam tahun bagi setiap pertuduhan, yang berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkap pada 9 Nov lepas.
Tertuduh didakwa merompak dua buah telefon bimbit, sebuah tablet pintar dan wang RM270 milik Anis Md Mollah di kawasan industri di Jalan Kepong di sini pada 9.20 pagi, 20 Okt lepas.
Dia turut didakwa merompak Ijum Sholehah di Jalan Segambut di sini pada 10.30 pagi, 5 Nov lepas dengan melarikan sebuah telefon bimbit, pasport dan tiket penerbangan ke Indonesia serta wang RM600 milik mangsa.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam pada prosiding itu, merayu dikenakan hukuman rendah atas alasan menanggung keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes mahkamah
#menyamar polis
#kes rompak
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan