Seorang penganggur yang membaling kerusi ke arah televisyen jirannya sehingga rosak, didenda RM3,000 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu terhadap Norhisyam Mat Zelan, 31, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan khianat dan menyebabkan kerosakan pada televisyen jirannya, Mohd Haafizhal Shafii, 33, di No 35, Jalan 15, Taman Dato Haron, di sini pada 4 petang, 25 Dis tahun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia penanggung utama keluarga dan menyara tiga orang anak yang masih kecil.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pengadu telah melihat tertuduh dalam keadaan tidak stabil sedang memecahkan pintu dan cermin rumah sewanya.
Pengadu kemudiannya menjemput tertuduh masuk ke rumahnya untuk menenangkan tertuduh namun dia secara tiba-tiba bertindak lebih agresif dan membuka langkah silat lalu mengambil kerusi dan membalingnya ke arah televisyen milik pengadu. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2017
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pengadu telah melihat tertuduh dalam keadaan tidak stabil sedang memecahkan pintu dan cermin rumah sewanya. - Gambar hiasan
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
FAM buat persiapan awal aksi menentang Krygystan, Taiwan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Tumpuan Rabu - 01 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
PRK KKB: Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa - JAIS
Larangan itu turut termasuk sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang sedang berlangsung.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 35 warga asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 35 pendatang asing warga Filipina di perairan Kudat, petang semalam.
TM akan percepatkan penggunaan teknologi AI tahun ini - Pengerusi
Telekom Malaysia Bhd (TM) sedang berhasrat untuk mempercepatkan lagi usaha dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) tahun ini.
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda bagi penuhi keperluan REE negara
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda dalam usaha memenuhi keperluan pembangunan kerangka model perniagaan unsur nadir bumi (REE) negara.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi jejaki prestasi serantau
Ia seiring dengan pengukuhan niaga hadapan getah Shanghai berikutan sentimen dirangsang oleh data ekonomi China yang menggalakkan.
Penganggur pecahkan televisyen jiran didenda RM3,000
Seorang penganggur yang membaling kerusi ke arah televisyen jirannya sehingga rosak, didenda RM3,000 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.