awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur penggal kepala ibu dipercayai minta wang beli dadah - Polis

Bernama
Bernama
17/01/2022
13:57 MYT
Penganggur penggal kepala ibu dipercayai minta wang beli dadah - Polis
Arjunaidi berkata ketika kejadian, hanya suspek dan ibunya yang berusia 56 tahun berada di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang dekat Kuala Selangor. - Gambar fail
SHAH ALAM: Penganggur berusia 28 tahun yang disyaki memenggal kepala ibunya Sabtu lepas dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata ketika kejadian, hanya suspek dan ibunya yang berusia 56 tahun berada di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang dekat Kuala Selangor.
"Kita telah tahan reman selama tujuh hari dari 16 hingga 22 Jan dan (senjata) barang kes juga kita telah rampas.
"Kita percaya ketika kejadian itu, suspek hendak meminta duit daripada ibunya (untuk beli dadah) dan punca kejadian dipercayai berkaitan dengan pengaruh dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
Penggal Kepala Ibu | Suspek masih enggan buka mulut - Polis
Semalam, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintenden Ramli Kasa berkata laporan awal ujian air kencing ke atas suspek di Hospital Tanjong Karang mendapati dia positif dadah jenis metamfetamina dan amfetamina.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penggal kepala ibu
#Dadah
#Kampung Baru Pasir Penambang
#Kuala Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan