awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur tunjuk kemaluan di MRT didenda RM2,000

Sinar Harian
Sinar Harian
15/12/2023
08:10 MYT
Penganggur tunjuk kemaluan di MRT didenda RM2,000
Ngu Chee Liang, 31, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Wong Chai Sia. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang penganggur menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di Transit Aliran Massa (MRT), mengundang padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat.
Ngu Chee Liang, 31, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Wong Chai Sia.
“Tindakan kamu telah mengundang ketakutan orang ramai, kerana kesalahan dibuat di tempat awam,” kata majistret ini yang turut merintahkan tertuduh dipenjara selama sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Chee Liang dituduh mahu mengaibkan kehormatan dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita berusia 22 tahun, di MRT Stesen Kepong Baru ke Stesen Metro Prima, Kepong di sini, pada jam 6.46 petang, 5 Disember lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Vivien Yeap Jie Xi mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana mengundang ketakutan kepada mangsa.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Sukdesh Francis Xavier merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan kerana perlu menanggung ibu.
Pada Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan, pihak polis berjaya memberkas seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya ke arah seorang wanita dalam MRT, pada hari kejadian.
Menurut siasatan awal, suspek mengaku bertindak sedemikian semasa berada di dalam gerabak tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#MRT
#video tular
#identiti lelaki tunjuk kemaluan
#hukuman mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan