awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjuran Minggu Perpaduan penting dalam semarakkan semangat rakyat - PM

Bernama
Bernama
22/05/2023
00:00 MYT
Penganjuran Minggu Perpaduan penting dalam semarakkan semangat rakyat - PM
Anwar hadir bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta Timbalan-timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Sambutan Minggu Perpaduan Negara di Kuching semalam. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Penganjuran Minggu Perpaduan adalah penting dalam menyemarakkan semangat rakyat di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata selain itu, ia mampu menyebarkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan berkaitan kepelbagaian budaya serta segmen kenegaraan yang menerapkan semangat patriotisme kepada rakyat Malaysia.
Menerusi catatan di laman Facebook, Perdana Menteri memaklumkan beliau menghadiri majlis Sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat kebangsaan di Kuching semalam.
"Saya kagum dengan pelbagai persembahan disaluti elemen perpaduan yang turut dihayati rakyat jelata kendatipun cuaca panas di Kuching," katanya.
Perasmian majlis itu, yang bertemakan 'Perpaduan Dalam Kepelbagaian,' disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Majlis penuh keharmonian itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet.
Minggu Perpaduan 2023, yang berlangsung dari 20 hingga 28 Mei, turut diadakan di 15 lokasi antaranya Dataran Bertam di Pulau Pinang, Dewan Masyarakat Papar di Sabah, Dataran Tasik Kluang di Johor dan Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan di Pahang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Minggu Perpaduan
#Anwar Ibrahim
#kepelbagaian budaya
#patriotisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan