awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen diberi tumpuan utama - Tiong King Sing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengantin baharu maut nahas motosikal dirempuh kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
19/01/2022
04:59 MYT
Pengantin baharu maut nahas motosikal dirempuh kereta
Remuk motosikal milik mangsa yang terbabit dalam kemalangan maut. -Foto Sinar Harian
ALOR GAJAH: Seorang mekanik yang berkahwin awal Januari maut dalam kemalangan Kilometer 196.6 di Lebuh raya Utara-Selatan arah selatan di sini, pada malam Selasa.
Dalam kejadian 8.15 malam, mangsa Anwarie Azim Rozi, 23, yang menunggang motosikal Yamaha Y15Z dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Melaka dari tempat kerja yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitenden Arshad Abu berkata, setiba di lokasi kejadian sebuah kereta Proton Persona dipandu lelaki berusia 47 tahun dari arah sama dipercayai telah hilang kawalan lalu merempuh motosikal mangsa.
"Akibat rempuhan itu mangsa tercampak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut beliau berkata, pemandu kereta diminta hadir ke Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pengantin baharu maut
#Anwarie Azim Rozi
#Arshad Abu
#Hospital Alor Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan