awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganugerahan pingat: Ketua Pesuruhjaya SPRM menghadap Sultan Johor

Bernama
Bernama
27/03/2017
03:58 MYT
Penganugerahan pingat: Ketua Pesuruhjaya SPRM menghadap Sultan Johor
Perjumpaan antara Sultan Johor dan Dzulkifli (gambar) berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara hari ini.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad hari ini menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berhubung pendedahan baginda mengenai ada orang tengah cuba merasuah baginda berhubung penganugerahan pingat.
Perjumpaan itu berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara hari ini.
Dzulkifli tiba di lokasi berkenaan pada 8.30 pagi dan berada bersama baginda sehingga kira-kira 9.40 pagi namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan itu ketika ditanya pemberita.
Dalam pada itu, Sultan Ibrahim meninggalkan kediaman baginda pada kira-kira 10.20 pagi dan enggan mengulas lanjut ketika ditanya media mengenai pertemuan itu.
Baginda hanya bertitah: "I am going shopping."
Pada 25 Mac lepas, menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook, Sultan Ibrahim bertitah baginda mahu SPRM menghadap baginda segera supaya perkara terbabit dapat disiasat.
Sultan Johor baru-baru ini mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran 'Tan Sri' daripada Yang di-Pertuan Agong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penganugerahan pingat
#Rasuah
#SPRM
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan