KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan menamatkan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa Rabu ini, dijangka merancakkan sektor penternakan ayam pedaging dan menarik pelaburan asing ke dalam sektor berkenaan.
Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) Datuk Jeffrey Ng berkata, situasi itu juga secara tidak langsung akan mengukuhkan rantaian bekalan ayam pedaging dan menyumbang secara positif kepada keselamatan makanan negara.
"Pengapungan harga ayam ini akan memberikan impak positif kepada industri termasuk dari segi menarik pelaburan ke dalam industri ini. Jika dulu dengan kawalan harga, mengakibatkan keuntungan kurang.
"(Jadi) Apabila ramai yang melabur, maknanya bekalan (ayam) akan jadi cukup," katanya kepada Bernama.
Beliau turut memberi jaminan bahawa bekalan ayam akan mencukupi terutamanya selepas pengumuman yang dibuat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu pada Isnin.
"FLFAM akan terus menyokong langkah kerajaan untuk memastikan bekalan ayam pedaging dan telur yang mencukupi dengan harga berpatutan kepada rakyat Malaysia," katanya.
Terdahulu, Mohamad ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata bagi subsidi telur gred A, B dan C, kerajaan bersetuju untuk ia diteruskan mengikut mekanisme sedia ada.
Beliau berkata penamatan subsidi ayam adalah selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa yang dilaksanakan kerajaan.
Sementara itu Pengarah Urusan Mydin Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata pengumuman tersebut merupakan cabaran kepada pemain industri supaya tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga ayam selepas kerajaan merealisasikan permintaan mereka.
"Saya rasa industri mesti respons dan memberikan keyakinan kepada kerajaan untuk kita seberapa yang boleh ikut harga pasaran. Saya yakin industri will behave dan kerajaan tak perlu lagi meletakkan kawalan harga," katanya.
Dan bagi menunjukkan penghargaan serta sokongan kepada usaha kerajaan MADANI, beliau berkata rangkaian pasar raya Mydin akan menjual ayam dengan harga RM7.99 sekilogram pada 1 Nov nanti.
"Mydin berharap pemain industri yang lain akan ikut dan akan menjual pada harga sama atau lebih murah daripada Mydin," katanya sambil tidak menolak kemungkinan harga tersebut akan kekal selama seminggu bergantung kepada harga semasa ayam di pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Mohamad berkata, penamatan subsidi ayam adalah selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa yang dilaksanakan kerajaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tamat subsidi ayam: Bukan lesen untuk naikkan harga sewenangnya - Peniaga
Penamatan harga kawalan ayam itu juga membolehkan kerajaan meningkatkan pelbagai inisiatif sosioekonomi dan kebajikan rakyat.
Pengapungan harga rancakkan sektor penternakan ayam
Ia secara tidak langsung mengukuhkan rantaian bekalan ayam pedaging dan menyumbang secara positif kepada keselamatan makanan negara.
Apung harga ayam: Kerajaan yakin tidak berlaku kenaikan mendadak
Kerajaan yakin pelaksanaan pengapungan harga ayam tidak akan menyebabkan kenaikan secara mendadak terhadap harga makanan.