Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Datuk Mohd Isa Endot dan lima pegawai kastam dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah Shah Alam pagi ini.
Mereka didakwa dengan 21 pertuduhan menerima suapan yang melibatkan jumlah nilai RM 39,200.
Keenam-enam individu ini mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mereka dibacakan di hadapan hakim Datuk Noradidah Ahmad.
Mohd Isa Endot, 55, Pengarah Kastam WPKL, berdepan dengan empat tuduhan yang melibatkan nilai suapan yang berjumlah RM8,000 sebagai bayaran bulanan dan wang perlindungan untuk melicinkan kegiatan sebuah syarikat dalam tempoh Mei 2014 hingga Ogos 2014.
Dia bagamanapun mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin dengan RM25,000.
INFOGRAFIK: KRONOLOGI OPERASI SPRM MENGENAI ISU KASTAM
Selain Mohd Isa Endot, lima pegawai yang terbabit adalah Muhamad Helmi Burhanudin, 37; Wan Azman Wan Ali, 47; Mohamad Fauzi Kamsar, 33; Shamsul Anwar Mohd Radzi, 32; dan Azlee Mohamed Yusof, 48.
Mohd Isa, Muhamad Helmi, Wan Azman dan Mohamad Fauzi didakwa di Mahkamah Sesyen secara berasingan manakala Shamsul Anwar dan Azlee didakwa bersama.
Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Kesemua tertuduh diikat jaminan dari RM8,000 hingga RM 25,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula bagi semua kes pada 30 Oktober 2014.
Sharon Oai Shu Chin
Mon Sep 29 2014
Keenam-enam individu terbabit mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mereka dibacakan di hadapan hakim Datuk Noradidah Ahmad.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup keluar 111,391 liter petrol ke negara jiran
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Siti Mang berkata kapal kargo berkenaan ditahan di perairan Sandakan pada kira-kira 7.48 malam.
Warga asing didenda seludup minuman beralkohol di Brunei
Pegawai kastam Brunei telah menahan sebuah kenderaan untuk pemeriksaan pada Rabu dan menemukan 192 tin minuman beralkohol.
JAS pertingkat kerjasama dengan agensi terlibat banteras operasi e-waste
Tindakan berterusan akan dilaksanakan bersama agensi terlibat untuk membanteras kemasukan haram e-waste di pelabuhan negara.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia
Bandar Shenzhen di selatan China menerima kumpulan pertama durian segar Malaysia apabila sebuah pesawat kargo yang membawa muatan seberat 27 tan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an.
Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan
Srettha akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di wilayah selatan untuk membincangkan isu keselamatan sempadan dan dwikewarganegaraan.
PDRM, polis Thailand buru suspek lepas tembakan terhadap anggota kastam
Ketua Polis Kelantan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci memandangkan ia melibatkan hubungan dua negara.
Pembantu penguasa kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Tertuduh, Solehuddin Isa, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.
Empat lagi anggota Kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan tidak memeriksa lori milik syarikat itu yang membawa barangan dari kargo KLIA.