PETALING JAYA: Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Majistret Farah Azura Mohd Saad menjatuhkan hukuman itu terhadap Pengarah Syarikat Tihani Cetak Sdn Bhd Muhammad Hatim Ab Wahab, 34, kerana tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan membenarkan 3,800 naskhah al-Quran dijilid oleh Hua Mei Industry Sdn Bhd yang merupakan syarikat dimiliki orang bukan beragama Islam.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah kilang milik Hua Mei Industry di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan di sini pada 3.05 petang, 7 Mac lepas mengikut Seksyen 5(7) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima bulan.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
"Awak sebagai orang Islam perlu tahu sensitiviti masyarakat mengenai perkara ini (cetak al-Quran) dan sebagainya...awak ada kuasa untuk cetak...jadi awak kena tahu siapa yang boleh buat kerja berkaitan dengan al-Quran," katanya.
Sementara itu, Pengarah syarikat Hua Mei Industry Sum Yew Hom, 41, didenda RM8,000 atau lima bulan penjara oleh mahkamah sama kerana membantu dalam pencetakan Teks al-Quran dengan cara menjilid 3,800 naskhah Teks al-Quran tanpa lesen yang dikeluarkan oleh LPPPQ.
Kesalahan itu dilakukan di lokasi, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 5(1) Akta Pencetakan Al-Quran 1986 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(6) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa.
Berdasarkan fakta kes, pihak berkuasa telah membuat rampasan melibatkan 3,800 al-Quran kerana didapati pencetakannya tidak mematuhi syarat lesen yang dikeluarkan LPPPQ iaitu dengan membenarkan naskhah al-Quran itu dijilid oleh sebuah kilang milik orang bukan beragama Islam.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa KDN Selangor Surieyani A Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.
Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu untuk hukuman ringan dengan alasan kesalahan itu merupakan kesalahan pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran. - Gambar hiasan
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
Gagal kemuka borang penyata pendapatan syarikat, pengarah didenda RM12,000
Seorang pengarah syarikat didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mengemukakan borang penyata pendapatan syarikat.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Pengarah syarikat didenda RM15,000 simpan LPG bersubsidi di premis tidak dilesenkan
Seorang pengarah syarikat didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah menyimpan 988 kilogram (kg) gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di premis yang tidak dilesenkan.
Gagal kemuka borang cukai pendapatan, pengarah syarikat didenda RM9,000
Seorang pengarah syarikat didenda RM9,000 dan dikenakan penalti khas berjumlah RM536,549.13 atas kegagalan mengemukakan penyata pendapatan bercukai.
Gagal isytihar cukai, pengarah syarikat didenda, kena penalti khas RM899,657.64
Majistret turut menetapkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda dan tertuduh membayar denda.
Pengarah syarikat didenda, dikenakan penalti lebih RM2.4 juta gagal kemuka penyata pendapatan
Tertuduh gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2021 sehingga 2022, membabitkan cukai pendapatan bernilai lebih RM3.3 juta.
Pengarah syarikat didenda RM8,000 jual kelengkapan komunikasi tak diperakui
Seorang pengarah syarikat menjual barangan elektrik dan elektronik didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui.
Pengarah, pengurus dan syarikat didenda RM791,775 perdagang barangan tiruan
Mereka didakwa membekalkan barangan dengan perihal dagangan palsu, berupa 17,595 pasang selipar serta kasut jenama terkenal.