KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM170,000, dua tahun lepas.
U.Yogeshwaran, 45, sebagai pengarah syarikat Asas Kukuh Security Services (M) Sdn Bhd didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang syarikat itu berjumlah RM176,117.55 di Bank Muamalat Malaysia Berhad, Menara Bumiputra di sini antara 7 April 2022 dan 13 Mei 2022.
Dia didakwa mengikut Seskyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wirna Arifin menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah selain melaporkan diri di pejabat SPRM pada minggu pertama setiap bulan hingga kes selesai.
Peguam Yagoo Subramaniam yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM15,000 atas alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga serta tidak membantah syarat tambahan dimohon pihak pendakwa.
Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM Putrajaya setiap bulan serta menetapkan 18 April ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
U.Yogeshwaran didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang syarikat berjumlah RM176,117.55. - Foto Bernama
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah lebih RM170,000
Seorang pengarah syarikat keselamatan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM170,000, dua tahun lepas.