ALOR SETAR:Seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen dengan butiran palsu melibatkan tender sebuah kementerian bernilai lebih RM22 juta, dua tahun lalu.
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah di sebuah restoran di Kajang, Selangor kira-kira pukul 12 tengah hari semalam sebelum dibawa ke pejabat SPRM negeri Kedah untuk tindakan lanjut.
Suspek kemudian dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar pagi tadi untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Jamaluddin Alias membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Menurut sumber, suspek memegang jawatan Pengarah Urusan sebuah syarikat didakwa telah mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu dengan tujuan untuk memasuki tender sebuah kementerian pada Julai 2018.
Tender tersebut adalah untuk kerja-kerja pembersihan di sebuah jabatan kerajaan di negeri ini yang bernilai lebih RM22 juta.
Suspek juga didakwa mengarahkan serta memaksa dua kakitangannya untuk membuat penyata bank dan cop palsu bagi tujuan sama.
Dia dikatakan telah dianugerahkan projek tersebut oleh kementerian berkenaan pada 2018.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Sep 30 2020

Suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar pada Rabu untuk mendapatkan perintah tahanan reman. - Gambar Astro AWANI

SKMM sasar capaian internet 100 peratus di Sabah
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah sasar capaian internet di Sabah capai 100 peratus

Agong berkenan rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun, Labuan.

JIM Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokumen permit
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen permit masuk menerusi dua operasi berasingan di daerah Kota Kinabalu.

47 penduduk Kampung Tawau Lama tinggal sehelai sepinggang
Itu nasib yang menimpa hampir 50 mangsa kebakaran melibatkan sepuluh ketua isi rumah yang tinggal sehelai sepinggang selepas tiga buah rumah kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tawau Lama, Tawau Sabah.

KPWK akan bekerjasama dengan UNICEF
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) akan bekerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam meneliti garis ukur kemiskinan kanak-kanak sekaligus mengukuhkan sistem pembelajaran pra sekolah di Sarawak.

Kongsi rezeki, pemuda jual nasi lemak RM1
Peniaga jual Nasi Lemak RM1 sebagai semangat berkongsi rezeki dengan pelanggannya sempena Ramadan.

Pengurusan tanah perkuburan diseragamkan
Kerajaan Sarawak menambah keluasan tanah perkuburan islam semariang dan membangunkan beberapa tanah perkuburan di Kuching bagi menampung jumlah jenazah yang dirangka sehingga tahun 2050. Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengurusan tanah perkuburan tersebut juga diseragamkan dengan pendigitalan simpanan data agar lebih sistematik dan memudahkan urusan keluarga jenazah.

Titik berat soal kebersihan apabila pilih lokasi bazar
Selain pilihan juadah dan harga berpatutan, Pengunjung Bazar Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu turut pentingkan kebersihan sesebuah bazar.

Lelaki maut gantung diri di Flat Cheras
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tergantung sebelum disahkan meninggal dunia di ruang tamu sebuah rumah di flat perumahan di Cheras pada malam Khamis.

Kebanyakan kontrak kerajaan diraih menerusi tender terbuka - Datasonic
Datasonic Group Bhd berkata kebanyakan daripada sembilan kontrak yang diperoleh daripada kerajaan berjumlah RM1.1 bilion dimenangi melalui tender terbuka.

SC lantik dua Pengarah Urusan baharu
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan pelantikan Kamarudin Hashim dan Datin Azalina Adham sebagai Pengarah Urusan baharunya, berkuat kuasa 1 Januari 2023.

SPRM tahan pengarah urusan terlibat tuntutan palsu RM7 juta
Permohonan reman terhadap lelaki berusia 54 tahun itu telah dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Isu LCS: Bekas pengarah urusan dijangka didakwa esok
Seorang bekas pengarah urusan berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS) bakal didakwa dengan tuduhan pecah amanah esok.

Penipuan pakej umrah: Pengarah urusan dihukum penjara 10 tahun
Tertuduh didapati bersalah atas 23 pertuduhan dan bagi setiap pertuduhan hukuman dikenakan penjara 10 tahun. Semua hukuman berjalan serentak.

Bekas pengarah urusan ditahan, kemuka tuntutan palsu RM8 juta
Suspek mengemukakan tuntutan berkenaan kepada sebuah syarikat lain bagi kerja-kerja melibatkan penggantian barangan IT pada tahun 2016.

Gaya bersahaja Pengarah Urusan Mydin cari telur bikin netizen terhibur
Pengarah Urusan Mydin bersahaja seakan sedang mencari telur dengan berlatar belakang rak telur yang kelihatan kosong.

Pengarah urusan syarikat, jurutera direman enam hari disyaki kemuka tuntutan palsu
Disyaki kemuka tuntutan palsu bagi projek pembinaan jambatan sementara di Segamat, bernilai lebih RM250,000, enam tahun lepas.

SPRM Johor tahan pengarah urusan syarikat, jurutera bantu siasatan tuntutan palsu
Kedua-dua lelaki berusia 41 dan 52 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru pada kira-kira pukul 7 malam tadi.

MAHB lantik Iskandar Mizal sebagai Pengarah Urusan berkuat kuasa 25 Oktober
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan pelantikan Datuk Iskandar Mizal Mahmood sebagai Pengarah Urusan yang baharu berkuat kuasa 25 Oktober ini.

COVID-19: Pharmaniaga akan sediakan tambahan dua juta dos vaksin lagi
Pharmaniaga Bhd sedia memberikan tambahan dua juta dos vaksin COVID-19 seperti yang diminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.