awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasas Artortoise, Ikhsan Ise meninggal dunia

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
01/12/2020
00:59 MYT
Pengasas Artortoise, Ikhsan Ise meninggal dunia
Pada 15 Oktober lalu, Allahyarham membuat kemas kini di laman Instagram di mana beliau menjalani rawatan radioterapi untuk hari pertama. - Foto Instagram @Ikhsanise/@Artortoise
KUALA LUMPUR:Pengasas ilustrasi digital Artortoise, Ikhsan Ise, dilaporkan meninggal dunia pagi ini.
Berita sedih itu dikongsi menerusi kemas kini di laman Facebook rasmi Artortoise.
Menerusi kemas kini itu juga, jenazah Allahyarham dimaklumkan akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini.
Sumber Facebook Artortoise
"Assalamualaikum WBT, dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan bin Kamarudin (@ikhsanise Artortoise ) telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.37 pagi 1 Disember 2020.
"Kami juga memohon doa dari semua supaya dipermudahkan urusan perjalanan Allahyarham ke alam sana. InsyaAllah jenazah akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini," menurut kemas kini tersebut.
Sebelum ini, akaun Artortoise pernah melaporkan Ikhsan atau nama sebenarnya, Mohamad Ikhsan Kamarudin, 35 tahun, menerima rawatan Hepatitis B di Hospital Selayang dan masih tiada perkembangan yang baik.
BACA: Setiap kali terpandang beg cenderahati itu, pasti teringat Artortoise - Zulkifli
Update #DoaBuatIkhsanIse Hari ini, 2 November 2020, hari kelahiran @ikhsanise Artortoise. Utk makluman, beliau masih lg menerima rawatan Hepatitis B / hati di Hospital Selayang & hingga kini keadaan kesihatan hati beliau masih tiada perkembangan yg baik. pic.twitter.com/kMCwbGYRc1
— Artortoise #AttackOnCovid19 (@Artortoise_full) November 2, 2020
Pada 15 Oktober lalu, Allahyarham juga membuat kemas kini di laman Instagram beliau, memaklumkan sedang menjalani rawatan radioterapi untuk hari pertama sambil turut meletakkan tanda pagar #CancerFighter.
View this post on Instagram
A post shared by Ikhsan Ise (@ikhsanise)
Artortoise bukan satu nama yang asing dalam kalangan pengguna media sosial, malah Astro AWANI juga pernah beberapa kali muncul di ruangan media sosialnya.
View this post on Instagram
A post shared by artortoise (@artortoise)
View this post on Instagram
A post shared by artortoise (@artortoise)
Pada masa sama, Artortoise juga menggunakan ilustrasi untuk menyebarkan pesanan khidmat masyarakat (PSA) sepanjang pandemik COVID-19 di Malaysia.
Artortoise juga menampilkan ilustrasi bintang-bintang ternama dalam laman media sosialnya, termasuk Ernie Zakri, Zizan Razak, Black Pink dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.
Topic Berkaitan
#Artortoise
#meninggal dunia
#COVID-19
#Astro Awani
#Malaysia
#hepatitis B
#ilustrasi digital
#Ikhsan Ise
#Facebook
#Mohamad Ikhsan Kamarudin
#Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan