awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiap kali terpandang beg cenderahati itu, pasti teringat Artortoise - Zulkifli

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
01/12/2020
03:48 MYT
Setiap kali terpandang beg cenderahati itu, pasti teringat Artortoise - Zulkifli
Zulkifli mengajak semua umat Islam menghadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Ikhsan.
KUALA LUMPUR:Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menzahirkan ucapan takziah ke atas pemergian pengasas ilustrasi digital Artortoise, Ikhsan Ise, hari ini.
Ucapan tersebut dikongsi beliau menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik imej beg kertas yang memaparkan lukisan yang direka Artortoise, yang telah dihadiahkan kepadanya.
"Setiap kali terpandang beg cenderahati pejabat saya, pasti teringat @artortoise. Lukisan itu hadiah beliau kepada saya.
"Moga diganjari syurga atas segala sumbangannya kepada negara melalui mata pena," kata Zulkifli.
BACA : Pengasas Artortoise, Ikhsan Ise meninggal dunia
View this post on Instagram
A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri)
Beliau juga mengajak semua rakyat Malaysia yang beragama Islam bersama menyedekahkan bacaan surah al-Fatihah kepada Allahyarham.
Ikhsan Ise, atau nama sebenarnya Mohamad Ikhsan Kamarudin, 35 tahun, meninggal dunia jam 1.37 pagi ini.
Jenazah Allahyarham dimaklumkan akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang.
Topic Berkaitan
#Ikhsan Ise
#Artortoise
#meninggal dunia
#Islam
#Instagram
#jenazah
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#ilustrasi digital
#beg kertas
#lukisan
#Cenderahati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan