ALOR SETAR: Pengasas Popia Jamal, Jamal Mohamed Kadir Mydin, 85 tahun, meninggal dunia akibat COVID-19 pada Sabtu.
Menurut anak sulung arwah, Sani Mohamad, 55 tahun, bapanya yang mempunyai komplikasi penyakit buah pinggang dan darah tinggi mengadu sukar bernafas dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 1.30 pagi semalam.
“Doktor memaklumkan ayah terpaksa ditidurkan dan perlu menggunakan alat pernafasan.
“Bagaimanapun pada jam 3.45 petang, kami sekeluarga dimaklumkan oleh pihak hospital, ayah telah menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Ihsan Seberang Perak sebaik selesai proses urusan di Unit Forensik HSB pada jam 11 pagi ini.
Sani Mohamad berkata, Allahyarham bapanya sebelum ini tinggal bersama adik bongsunya Fakir Mohamad, 45 tahun, di Jalan Seberang Perak, selepas mengalami pelbagai penyakit.
Kini, isteri Allahyarham Samsan Beevi Jamal Mohamed@Samsu, 68 tahun, masih dirawat di hospital sama selepas turut disahkan positif COVID-19.
Popia Jamal diasaskan Jamal Mohamed pada 1936 dan pada ketika itu dijual di hadapan Masjid Zahir, di sini.
Ia merupakan antara makanan kegemaran Sultan Kedah sebelum ini, Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim, pada majlis rasmi negeri di Istana Anak Bukit.
Selepas Allahyarham tidak berapa sihat, perniagaan Popia Jamal diwarisi dua anaknya dan dijual di Jalan Tun Abdul Razak dekat Taman Koperasi sehingga kini.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Sep 26 2021
Jenazah Jamal Mohamed (gambar) dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Ihsan Seberang Perak. - Foto ihsan keluarga Jamal Mohamed
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Jenazah pengasas Popia Jamal selamat dikebumikan
Jenazah pengasas Popia Jamal, Jamal Mohamed Kadir Mydin, 85, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Ihsan Seberang Perak kira-kira jam 11.30 pagi Ahad.
Pengasas Popia Jamal meninggal dunia akibat COVID-19
Arwah yang mempunyai komplikasi penyakit buah pinggang dan darah tinggi mengadu sukar bernafas, dimasukkan ke hospital awal pagi Sabtu.