awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIBURAN
Pengasas dan pemain gitar kumpulan Spring, Iskandar meninggal dunia
MALAYSIA
KPDN tingkat kawalan di ICQS Tebedu
DUNIA
Netanyahu terima gesaan gencatan senjata Trump, dakwa semua objektif Israel tercapai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Pengasas Premium Big Blue Taxi bebas tuduhan tipu kerja pembersihan bangunan KLCC

Bernama
Bernama
07/06/2024
09:45 MYT
Sponsor Banner
Pengasas Premium Big Blue Taxi bebas tuduhan tipu kerja pembersihan bangunan KLCC
Hakim Azrul Darus mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Shamsubahrin di akhir kes pendakwaan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi, Datuk Shamsubahrin Ismail daripada pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat berhubung kontrak kerja pembersihan di bangunan KLCC, lima tahun lepas.
Hakim Azrul Darus memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Shamsubahrin, 58, di akhir kes pendakwaan.
"Setelah meneliti keterangan 12 saksi dan mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati satu kes prima facie gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
Oleh itu tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri dan wang jaminan RM30,000 dikembalikan kepada tertuduh," katanya.
Perbicaraaan kes itu bermula 12 Jan 2023 dengan 12 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.
Prosiding itu dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hanif Ahijman manakala Shamsubahrin diwakili peguam Zulkifli Awang dan Mohd Baharuddin Ahmad Kassim.
Pada 9 Feb 2022, Shamsubahrin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menipu seorang lelaki yang merupakan pengarah Syarikat Innoseven Sdn Bhd dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa tertuduh akan mendapatkan kontrak kerja-kerja pembersihan di bangunan KLCC untuk syarikat berkenaan.
Ia mendorong lelaki itu menyerahkan cek Maybank berjumlah RM750,000 sebagai imbuhan kepada tertuduh, di sebuah firma guaman di Pantai Dalam, Brickfields di sini, pada 24 Mei 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda.
Sementara itu Shamsubahrin ketika ditemui pemberita berkata beliau bersyukur kerana kes itu diselesaikan dengan baik oleh mahkamah dan ia memberi pengajaran kepada pengusaha syarikat supaya mengetahui terlebih dahulu kedudukan syarikat yang ingin berniaga dengan syarikat besar seperti Petronas.
"Keputusan hari ini dapat membuktikan bahawa kita menjalankan tanggungjawab dengan telus dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi
#Shamsubahrin Ismail
#bebas tuduhan menipu
#kerja pembersihan KLCC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami