Pengasas Seni Malaya, bekas wartawan Astro AWANI Irwan Muhammad Zain meninggal dunia

Irwan dikenali sebagai seorang profesional yang berintegriti, berani menyuarakan kebenaran, dan sentiasa komited terhadap etika kewartawanan. -Foto Astro AWANI
CYBERJAYA: Pengasas Seni Malaya yang juga bekas wartawan kanan Astro AWANI, Irwan Muhammad Zain, 52, dilapor meninggal dunia di Hospital Cyberjaya, pada Khamis.
Ringkasan AI
- Irwan Muhammad Zain, pengasas Seni Malaya dan bekas Wartawan Kanan Astro AWANI, meninggal dunia di Hospital Cyberjaya pada Khamis.
- Beliau dikenali sebagai seorang profesional berintegriti, berani, dan komited terhadap etika kewartawanan.
- Irwan menyumbang banyak laporan penting termasuk liputan pilihan raya, isu dasar kerajaan, dan perkembangan politik tanah air.
Irwan telah menyumbang banyak laporan penting, termasuk liputan pilihan raya, isu dasar kerajaan, dan perkembangan politik tanah air.
Dedikasi beliau dalam menyampaikan berita yang tepat dan seimbang meninggalkan kesan mendalam kepada rakan sekerja dan industri media.
Pada 2023, Allahyarham mengasaskan Seni Malaya yang merupakan portal berita seni utama Malaysia dengan memberi fokus kepada laporan tentang seni visual dan persembahan, filem, muzik, dan sastera.
Keluarga Astro AWANI mengucapkan salam takziah kepada keluarga, sahabat, dan rakan seperjuangan beliau.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa peranan Irwan Muhammad Zain dalam industri media Malaysia? A: Irwan adalah seorang profesional berintegriti, berani, dan komited terhadap etika kewartawanan; menyumbang banyak laporan penting termasuk liputan pilihan raya, isu dasar kerajaan, dan perkembangan politik tanah air.
- Q: Apa yang menjadi fokus utama portal berita Seni Malaya yang diasaskan oleh Irwan? A: Portal berita Seni Malaya memberi fokus kepada laporan tentang seni visual, persembahan, filem, muzik, dan sastera; dengan matlamat menjadi ruang wacana berani, puitis, dan berpengaruh.
- Q: Apakah ucapan yang diberikan oleh keluarga Astro AWANI kepada keluarga Irwan Muhammad Zain? A: Keluarga Astro AWANI mengucapkan salam takziah kepada keluarga, sahabat, dan rakan seperjuangan Irwan; semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

