awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasuh dera: Infografik tanda amaran kepada ibu bapa akan dilancarkan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
13/11/2018
13:18 MYT
Pengasuh dera: Infografik tanda amaran kepada ibu bapa akan dilancarkan
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) berbual bersama pegawai-pegawai Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) semasa mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Diraja Bukit Aman hari ini. - Foto BERNAMA
Kerajaan akan melancarkan infografik yang akan mewujudkan kesedaran ibu bapa mengenai sebarang tanda-tanda amaran yang perlu diketahui mereka apabila menghantar anak-anak mereka ke rumah pengasuh.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, infografik berkenaan pada masa sama diharap akan mewujudkan kesedaran kepada ibu bapa agar tidak meletakkan kepercayaan seratus peratus kepada individu yang mengasuh dan menjaga anak mereka.
"Kita akan melancarkan satu infografik mengenai kesedaran kepada ibu bapa, apakah tanda-tanda yang menjadikan sesuatu itu 'alarm bell' (tanda amaran), supaya kalau hantar anak mana-mana pun janganlah percaya sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.
Lawatan kerja ke PDRM itu juga katanya adalah antara langkah untuk mendapatkan pandangan dan bantuan PDRM dalam menangani isu melibatkan pengasuh.
Antaranya, kata beliau, PDRM akan bekerjasama dalam melakukan risikan terhadap pengasuh yang dipertanggungjawabkan menjaga kanak-kanak.
"PDRM ada mengatakan mereka ada unit risikan untuk menangani masalah seperti ini. Bagaimanapun, setiap ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap anak mereka dan bukan hanya pada kerajaan namun kita mesti bersikap pro-aktif bagaimana hendak menjaga anak kita," katanya lagi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim memaklumkan, PDRM ada kemampuan untuk membantu kerajaan dalam mengatasi masalah berkenaan.
"Kita ada di merata-rata tempat. Kita akan menggunakan sumber kita, Amanita kita, untuk kita melihat berapa banyak tadika dan pusat bimbingan yang berdaftar dan yang tidak berdaftar.
"Kita tahu ada jiran yang jaga kanak-kanak. Namun sekarang kita sedang bincang dengan kementerian untuk tindakan," ujarnya.
BACA: Tragedi Zara: Ibu tidak dapat terima 'penjelasan' pengasuh
Rabu lalu, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal yang berusia 11 bulan meninggal dunia selepas dua hari bertarung nyawa di Hospital Serdang akibat menjadi mangsa penderaan fizikal dan juga disyaki dirogol oleh suami kepada pengasuhnya.
Topic Berkaitan
#Azizah
#Bukit Aman
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#Hospital
#infografik
#Kanak-kanak
#Malaysia
#mangsa
#Media
#menteri
#Noor Rashid Ibrahim
#PDRM
#Perdana Menteri
#Polis Diraja Malaysia
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan