awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
432 anggota pasukan tindakan kecemasan dikerah sempena Tahun Baharu Cina - PLUS
Pelombong emas didakwa rompak wanita China RM2.1 juta
Seorang murid di Pontian disahkan dijangkiti tibi - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasuh nekad redah asap tebal dukung bayi tiga bulan selamatkan diri

Bernama
Bernama
06/11/2022
22:00 MYT
Pengasuh nekad redah asap tebal dukung bayi tiga bulan selamatkan diri
Lima rumah berhampiran pintu gerbang Kampung Baru di Jalan Raja Muda Musa musnah dalam kebakaran pada Ahad. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh nekad meredah asap tebal sambil mendukung bayi lelaki berusia tiga bulan bagi menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran rumah di Jalan Raja Muda Musa, yang terletak berhampiran pintu gerbang Kampung Baru di sini malam tadi.
Robiah Abdul Raof, 38, berkata ketika kejadian dia bersama bayi yang dijaganya berada di dalam rumah sebelum terlihat asap di bahagian atas.
"Ketika itu, bayi sedang tidur dan saya segera keluar menyelamatkan diri tanpa sempat membawa pakaian atau dokumen pengenalan.
"Keadaan ketika itu api sedang marak (di tingkat atas) dan asap banyak tetapi saya nekad untuk selamatkan diri dan bayi yang saya asuh sejak tiga bulan lepas. Ketika kejadian, ibu bapa bayi itu sedang bekerja," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Robiah masih trauma namun bersyukur kerana bertindak pantas menyelamatkan dirinya dan bayi itu.
Abdul Rahman Maarif, 65, pula berkata rumah miliknya di premis itu menempatkan sembilan pekerja beliau yang bekerja di sebuah kedai makan berhampiran.
Beliau mendakwa kebakaran itu berpunca daripada litar pintas susulan keadaan rumah yang sudah berusia 60 tahun.
"Sebelum ini, pekerja ada beritahu ada masalah wayar dan saya sudah baiki tetapi kali ini, jadi sekali lagi sebelum berlaku kebakaran malam ini," katanya.
Dalam kejadian pada 8.19 malam itu, sebuah premis kediaman yang mempunyai lima pintu rumah musnah dalam kebakaran.
BACA: Lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru
Tiada mangsa dilaporkan terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi
#kebakaran
#pengasuh
#Jalan Raja Muda Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan