JOHOR BAHRU: Seorang pengasuh serta suami dan anak saudaranya didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas dua pertuduhan mendera dua kanak-kanak lelaki berusia dua dan tiga tahun pada 10 Jun lalu.
Tertuduh Fazelina Mohd Lias, 37, dan suaminya Mansor Saat, 57, serta remaja berusia 13 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Mengikut kedua-kedua kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menganiaya dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Bukit Kempas, Johor Bahru pada 10 Jun lalu sekitar jam 3 petang.
Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak menganggu saksi pendakwaan bagi pasangan suami isteri itu.
Manakala remaja tersebut sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin yang merupakan ibu bapanya.
Hakim Ahmad Fuad Othman kemudian membenarkan tertuduh, Fazelina Mohd Lias dan Mansor Saat diikat jamin sebanyak RM8,000 dan RM1,500 bagi remaja itu.
Mahkamah menetapkan 20 Ogos untuk lantikan peguam, sebutan semula kes dan penyerahan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Terdahulu, polis menahan seorang pengasuh dan suaminya selepas dipercayai mendera dua kanak-kanak lelaki di Taman Bukit Kempas, Johor Bahru pada 17 Jun lalu.
Pengasuh terbabit dipercayai mendera kedua-dua mangsa dengan cara memukul, memijak dan menyepak, malah sebelum ini mangsa juga sering kali dilihat didera oleh pengasuh berkenaan dan ahli keluarganya.
Astro Awani
Sun Jul 25 2021
Pengasuh terbabit dipercayai mendera kedua-dua mangsa dengan cara memukul, memijak dan menyepak. - Astro AWANI
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.
Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di badan dan mata disyaki didera penjaga sementara yang juga rakan kepada ibunya, di Taman Desaria, Petaling Jaya.
PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan pada 1 November.
Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas
Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia sembilan tahun sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, lengan dan mata.
Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari
Reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak
Kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur di sini kira-kira 8 malam selepas aduan oleh orang awam.