KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM10,000 ke atas pengasuh yang mencederakan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan dengan menampar pipi dan mengetuk dahi mangsa sehingga meninggalkan kesan lebam serta calar.
Hakim Siti Aminah Ghazali membuat keputusan itu selepas Norliza Osman, 42, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara 18 bulan jika gagal membayar denda selain mengenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun serta menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.
Mengikut pertuduhan, Norliza yang dipertanggungjawabkan menjaga bayi itu telah menganiaya sehingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa di rumahnya di Jalan P9 G Fasa 2, Putrajaya dekat sini dari 10 pagi hingga 12 tengah hari pada 2 Jan lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak juga 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Norliza yang tidak diwakili peguam merayu agar tidak dikenakan hukuman penjara kerana mempunyai dua anak masih bersekolah dan perlu menguruskan kehidupan seharian mereka.
Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latif pula memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
Hakim membuat keputusan itu selepas Norliza Osman, 42, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. - Gambar hiasan
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Selangor tetapkan capaian 5G di kawasan industri cecah 80 peratus tahun ini
Kerajaan negeri akan perkemas langkah meningkatkan capaian liputan rangkaian 5G di Selangor dengan tumpuan diberikan kepada kawasan industri.
EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford.
Pengasuh tampar pipi, ketuk dahi bayi didenda RM10,000
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman denda RM10,000 ke atas pengasuh yang mencederakan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan dengan menampar pipi dan mengetuk dahi mangsa.
Bayi maut: Pengusaha, pengasuh taska akan dituduh esok
Dua wanita termasuk pengusaha sebuah taska yang sebelum ini diberkas berkaitan kes kematian melibatkan seorang bayi perempuan akan dituduh di mahkamah pada Rabu.
Bekas pengasuh mengaku tidak bersalah cuai jaga bayi
Wanita itu didakwa melakukan kecuaian ke atas bayi berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan di dalam bilik air sebuah rumah di Cheras.