awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasuh Taska wajib ada SPM mulai tahun depan - Chew

Bernama
Bernama
25/11/2016
00:00 MYT
Pengasuh Taska wajib ada SPM mulai tahun depan - Chew
Langkah yang masih diteliti itu dilihat sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi kualiti penjagaan kanak-kanak di institusi berkenaan. - Gambar fail
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang menetapkan syarat kelayakan pengasuh taska untuk pendaftaran baharu mesti mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan.
Timbalan Menterinya, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata langkah yang masih diteliti itu dilihat sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi kualiti penjagaan kanak-kanak di institusi berkenaan.
Beliau berkata walaupun pengasuh taska berdaftar telah dilengkapi dengan Kursus Asuhan Permata, namun kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai kelayakan SPM.
"Cadangan itu adalah antara aspek yang dikaji kerana sekarang kita sedang berbincang untuk meminda peraturan taska secara menyeluruh.
"Namun, jika langkah itu terbukti mampu meningkatkan kualiti (penjagaan kanak-kanak), mungkin kita hadkan kelayakan pengasuh kepada diploma atau ijazah pula, tapi bukan dalam tempoh terdekat...kita tidak mahu susahkan pengusaha taska," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Menurutnya lagi, pindaan peraturan taska yang sedang dilakukan itu juga akan meneliti jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada pengusaha terutamanya melibatkan pengendalian kos operasi.
"Kita lihat banyak taska memang beroperasi secara ikhlas untuk menjaga kanak-kanak dengan baik tapi pengusaha kurang fasih dalam urusan perniagaan mereka jadi disebabkan itu, kita bercadang untuk wujudkan bengkel dan latihan khusus kepada golongan berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, Chew berkata pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di taska turut dicadang untuk dikuatkuasakan pada masa depan namun beberapa kajian teliti masih dijalankan kerana ia melibatkan kos yang tinggi.
Katanya, kementerian juga sedang meminta syarikat-syarikat pengeluar dan pemasangan CCTV untuk menyediakan sebut harga mampu milik kepada pengusaha taska dengan mementingkan tahap kebolehcapaian sistem, kualiti dan keselamatan.
Bagaimanapun katanya, sistem CCTV yang akan dipasang di taska mesti mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain mengikut keperluan tugasan harian.
"Pindaan peraturan taska ini masih melalui proses konsultasi dan dialog sebelum dihantar untuk mendapat kelulusan menteri...saya harap pindaan ini dapat disiapkan untuk dikemukakan secepat mungkin," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chew Mei Fun
#Keluarga dan Masyarakat
#Kementerian Pembangunan Wanita
#Sijil Pelajaran Malaysia
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan