PETALING JAYA: Seorang pengasuh warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan mengabaikan bayi perempuan, Qaseh Aulia Faizul yang berusia dua bulan 26 hari, sehingga membawa kepada kematiannya, Oktober lalu.
Mulyati Kalim, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Syahliza Warnoh.
Mengikut pertuduhan, ibu kepada empat anak itu, didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga Qaseh Aulia, telah mengabaikan bayi tersebut dengan meninggalkannya tanpa pengawasan sehingga membawa kepada kematiannya.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
BACA: Baru dua hari hantar ke taska, bayi dua bulan maut
BACA: Qaseh Aulia disahkan meninggal dunia kerana sesak nafas - Ibu
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, P Vithiya Monisha mencadangkan tertuduh tidak dibenarkan untuk diikat jamin kerana kes berkenaan sangat serius sehingga membawa kepada kematian seorang bayi.
"Bagaimanapun, jika mahkamah menggunakan budi bicara untuk memberikan jaminan, kami mencadangkan kadar itu ditetapkan sebanyak RM20,000 berserta syarat tambahan iaitu melaporkan diri ke balai polis terdekat.
"Memandangkan tertuduh seorang warga asing, pasport juga perlu diberikan kepada mahkamah," katanya.
Sementara itu, peguam Badrul Munir Bukhari merayu agar anak guamnya dilepaskan dengan ikat jamin yang rendah.
"Mulyati tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri kerana telah berkahwin dengan warga tempatan selain mempunyai empat anak termasuk seorang anak angkat.
"Susulan kejadian ini, dia tidak lagi bekerja kerana taska berkenaan telah ditutup," katanya.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Syahliza membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan dua penjamin warga tempatan berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan dan tidak mengganggu saksi.
Mahkamah menetapkan 21 Disember depan untuk sebutan semula kes.
Pada Oktober lalu, bayi perempuan berusia dua bulan itu maut dipercayai ketika berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara, di sini.
Difahamkan, kejadian itu menimpa Qaseh Aulia, pada hari kedua dia dihantar ke taska berkenaan.
Selain itu, taska tersebut didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sinar Harian
Wed Nov 22 2023
Mulyati Kalim, 51, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Syahliza Warnoh. - Gambar/ Sinar Harian
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
[TERKINI] Helikopter Terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terhempas pada Ahad ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Pengarah didakwa pindah wang milik syarikat lebih RM800,000
Seorang pengarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memindahkan wang milik syarikatnya berjumlah lebih RM800,000 ke syarikat lain, dua tahun lepas.
Rogol anak hingga lahirkan bayi, bapa durjana dipenjara 20 tahun, 5 sebatan
Hakim, Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman terbabit terhadap tertuduh yang berusia 44 tahun selepas menerima pengakuan bersalahnya atas pertuduhan dibacakan.
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
Pekerja swasta didakwa jual rumah tanpa lesen
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Menara HSC di Wangsa Maju di sini pada 23 Mei 2019.
Penganggur mengaku bersalah rompak wanita guna parang
Tertuduh, Mohd Fauzan Mat Ali, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Pemilik spa sediakan perkhidmatan klinik swasta haram didenda RM30,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM30,000 ke atas seorang pemilik spa kerana menyediakan perkhidmatan klinik perubatan swasta yang tidak didaftarkan, tahun lepas.
Juruteknik dipenjara enam bulan, denda RM12,000 hina kalimah Allah
Wai Loong hanya menjadi keyboard warrior serta tidak mengetahui kalimah Allah yang ditulis menghina agama Islam.