awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan alami penyakit mental ditahan rosakkan Al-Quran

Bernama
Bernama
05/03/2014
09:00 MYT
Pengawal keselamatan alami penyakit mental ditahan rosakkan Al-Quran
Seorang pengawal keselamatan yang dilapor mengalami masalah mental ditahan kurang 24 jam selepas melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan beratus-ratus naskhah Al-Quran dan kitab di dua buah masjid di Besut semalam.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang di Besut.
"Kita berjaya mengesan suspek yang berasal dari Kampung Kluang, Besut menerusi maklumat orang ramai serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam masjid selain kecederaan yang dialaminya.
"Hasil siasatan, pihak polis mendapati suspek yang mempunyai masalah mental sejak dua tahun lalu serta pernah mendapat rawatan di hospital. Malah perkara itu diakui ahli keluarga suspek," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata suspek turut didapati menerima lapan jahitan di kaki dan pihak polis tidak menolak kemungkinan kecederaan itu berpunca dari tindakannya memecah pintu kaca masjid untuk memasuki ke dalam masjid.
Penduduk Kampung Limbongan dan sekitarnya gempar apabila mendapati beratus Al-Quran dan kitab di dalam masjid mereka dirosakkan.
Kejadian disedari anggota Skim Ronda Sukarela kira-kira pukul 2.30 pagi apabila mendapati kitab-kitab suci itu dibuang di merata tempat termasuk di dalam dan luar kawasan masjid serta di dalam mangkuk tandas.
Masjid Limbongan dan Masjid Nasiruddin Shah di Kampung Raja terletak kira-kira 10 kilometer antara satu sama lain.
Jamshah berkata pihak polis percaya dapat menyelesaikan kes tersebut dengan tertangkapnya suspek. "Namun kita masih menyiasat punca sebenar kejadian dan kita minta orang ramai menghentikan membuat spekulasi yang boleh menganggu ketenteraman awam," katanya.
Suspek kini direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membencana atau mencemar tempat sembahyang dan Seksyen 427 kerana khianat.
Topic Berkaitan
#Besut
#Ketua Polis Terengganu
#masjid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan