awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan didakwa bunuh lelaki dalam kejadian pergaduhan di ibu negara

Bernama
Bernama
07/07/2025
09:15 MYT
Pengawal keselamatan didakwa bunuh lelaki dalam kejadian pergaduhan di ibu negara
tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam kejadian pergaduhan di tepi jalan di Sentul, dua bulan lepas.

Ringkasan AI
  • K. Nagentherah, 39, didakwa membunuh K. Kumaran, 44, dalam kejadian pergaduhan di tepi jalan Taman Intan Baiduri, Sentul pada 25 Mei lalu, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Tiada pengakuan direkodkan kerana kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi; sebutan semula ditetapkan pada 10 September untuk mendapatkan laporan bedah siasat.
  • Pendakwaan dikendalikan oleh ASP Mohd Yunus Daud, manakala tertuduh hadir tanpa peguam bela.

K. Nagentherah, 39, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret M. S. Arunjothy.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki itu didakwa membunuh K. Kumaran, 44, di tepi jalan Taman Intan Baiduri, Sentul, di sini pada 9.23 malam, 25 Mei lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 10 Sept ini untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.
Kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Mohd Yunus Daud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan
#bunuh rakan
#bunuh tepi jalan
#Sentul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan