awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan didenda RM3,500 kerana ugut sebar gambar bogel seorang wanita

Bernama
Bernama
23/02/2017
11:45 MYT
Pengawal keselamatan didenda RM3,500 kerana ugut sebar gambar bogel seorang wanita
Seorang pengawal keselamatan didenda atau di penjara selepas mengaku bersalah memeras ugut untuk menyebarkan gambar bogel seorang wanita. - Gambar hiasan
Seorang pengawal keselamatan didenda RM3,500 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memeras ugut untuk menyebarkan gambar bogel seorang wanita.
Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Faez Aiman Toiban, 23, selepas dia mengaku memeras ugut seorang wanita berumur 20 tahun untuk menyebarkan gambar bogel mangsa bagi mendapatkan wang RM5,000.
Tertuduh melakukan kesalahan itu di Jalan Genting Klang di sini pada 6 petang, 7 Feb lepas, mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun, atau denda dan sebatan.
Mengikut fakta kes, pada 7 Feb 2017, wanita itu menerima WhatsApp daripada seorang lelaki yang dikenalinya iaitu tertuduh yang mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya jika pengadu tidak menyerahkan wang kepada tertuduh.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung keluarganya manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana kesalahan itu menjejaskan maruah pengadu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bogel
#Muhammad Faez Aiman Toiban
#pengawal keselamatan
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan