awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Koperasi perlu laksana segera digitalisasi untuk kekal berdaya saing
MALAYSIA
Terengganu cadang gubal enakmen wajibkan pemasangan kod QR ternakan
DUNIA
Kit ujian syarikat pemula Jepun tunjuk potensi awal pengesanan kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pengawal keselamatan parah ditetak dalam pergaduhan di Nilai

Bernama
Bernama
22/06/2025
15:18 MYT
Pengawal keselamatan parah ditetak dalam pergaduhan di Nilai
Seorang pengawal keselamatan warga tempatan cedera parah selepas ditetak dengan parang dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Bandar Baru Nilai. - Foto hiasan
SEREMBAN: Seorang pengawal keselamatan warga tempatan cedera parah selepas ditetak dengan parang dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Bandar Baru Nilai, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata siasatan awal mendapati lelaki itu yang berusia 30-an turut dipukul dengan kayu oleh beberapa individu tidak dikenali dalam kejadian 2.30 pagi tadi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati insiden berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan gengsterisme atau dendam sebaliknya dipercayai akibat perbalahan spontan ketika semua mereka berada dalam keadaan mabuk sehingga membawa kepada salah faham dan seterusnya pergaduhan fizikal.
"Bagaimanapun mangsa yang mengalami kecederaan di kepala serta kaki kini dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Malik berkata polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada 6.08 pagi tadi mengenai mangsa yang telah dimasukkan ke Zon Merah, Jabatan Kecemasan hospital itu setelah dibawa dalam keadaan berlumuran darah.
"Polis sedang giat mengenal pasti suspek terlibat serta lokasi sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 148, Seksyen 326 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan
#parah ditetak
#pergaduhan
#nilai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami