awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengecualian dasar kabotaj kapal kargo dari pelabuhan Sarawak dibatal

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
29/05/2024
23:00 MYT
Pengecualian dasar kabotaj kapal kargo dari pelabuhan Sarawak dibatal
Pembatalan pengecualian dasar kabotaj bagi semua kapal yang mengangkut kargo dari mang-mana pelabuhan di Sarawak akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUCHING: Menteri Pengangkutan pada Rabu, telah membatalkan pengecualian dasar kabotaj bagi semua kapal yang mengangkut kargo dari mang-mana pelabuhan di Sarawak ke mana-mana pelabuhan di Semenanjung Malaysia, Labuan, dan Sabah, dan sebaliknya.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Pengangkutan berkata, Anthony Loke telah menandatangi satu warta untuk tujuan itu atas permintaan Kerajaan Sarawak.
"Ia akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini," kata kenyataan itu lagi.
Berkuat kuasa pada tarikh yang sama, Loke yang menjalankan kuasa di bawah Seksyen 65U, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 turut mengecualikan semua kapal pemasangan kabel yang terlibat dalam pemasangan, penyelenggaraan, dan pembaikan kabel telekomunikasi bawah laut yang bukan kapal Malaysia yang mendarat di mana-mana pusat pendaratan kabel bawah laut di perairan Malaysia daripada dasar kabotaj, seperti yang termaktub di bawah subseksyen 65KA(1) Ordinan.
"Ia bertujuan untuk menggalakkan pelaburan dalam infrastruktur teknologi internet di negara ini," jelasnya berkait justifikasi di sebalik tindakan tersebut.
Sejak tahun 2000 jelas kenyataan itu lagi, syarikat teknologi Malaysia dan antarabangsa telah menyuarakan keperluan agar kerajaan mewujudkan rangka kawal selia progresif yang boleh menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam sektor teknologi.
"(Tindakan ini membuktikan) Kerajaan Perpaduan komited dalam memacu pembangunan infrastruktur digital negara, jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#pengecualian kabotaj
#kapal kargo
#Pelabuhan Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan