awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengedar letak tanda untuk jual dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
20/01/2024
12:00 MYT
Pengedar letak tanda untuk jual dadah
Tanda harga dadah yang dikesan di salah sebuah lokasi serbuan pada Sabtu.
KLANG: Mempamerkan tanda serta harga untuk jualan dadah seperti ubat iaitu heroin, batu (syabu) dan daun (ganja) antara taktik penjualan dadah yang dikesan menerusi serbuan di empat sarang penagihan dadah di sekitar daerah ini pada Sabtu.
Tindakan dipercayai dilakukan tokan atau pengedar ini dipercayai digunakan untuk penjualan kesemua jenis dadah berkenaan di salah satu lokasi tanah lot di Taman Sentosa di sini.
Serbuan sama turut dijalankan melibatkan lokasi lain antaranya Pelabuhan Klang, Taman Eng Ann dan Taman Bukit Kuda.
Penolong Pengarah (Pencegahan) Judi dan Maksiat D7 JSJ Bukit Aman, Asisten Komisioner Muhammad Riduan Manap berkata, operasi dijalankan sepasukan 152 pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dan Klang Utara.
"Serbuan dijalankan bermula jam 10.30 pagi itu menahan seramai 45 lelaki berumur antara 25 hingga 75 tahun termasuk seorang bekas penjawat awam.
"Hasil risikan dan maklumat dijalankan mendapati aktiviti penagihan dadah yang berlaku di kesemua lokasi ini dipercayai bergiat aktif sejak beberapa tahun lalu," katanya kepada media di lokasi serbuan pada Sabtu.
Katanya, serbuan dijalankan serentak melibatkan empat lokasi terlibat.
"Terdapat beberapa individu cuba melarikan diri serta ada yang menyorok ketika serbuan dijalankan namun tindakan mereka itu gagal kerana berjaya dikesan pihak polis.
"Kesemua suspek yang diberkas dibawa ke IPD Klang Selatan dan Klang Utara bagi tindakan lanjut termasuk ujian saringan air kencing," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pengedar dadah
#tanda harga
#penagih dadah
#Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan