KUALA LUMPUR: Pengeluaran getah asli Malaysia menyusut 1.1 peratus pada Disember 2023 kepada 30,342 tan metrik berbanding 30,669 tan metrik pada November 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli menurun 0.7 peratus kepada 30,556 tan metrik pada Disember 2022.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pengeluaran getah asli pada Disember 2023 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (88 peratus ) berbanding sektor estet (12 peratus).
"Jumlah stok getah asli pada Disember 2023 meningkat 11 peratus kepada 191,320 tan metrik berbanding 172,307 tan metrik pada November 2023.
"Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 91.1 peratus diikuti kilang pengguna getah (8.9 peratus) dan estet getah (0.1 peratus)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohd Uzir berkata eksport getah asli Malaysia berjumlah 45,591 tan metrik pada Disember 2023, menurun 11.7 peratus berbanding 51,643 tan metrik pada November 2023.
Beliau berkata China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli iaitu berjumlah 41.5 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Disember 2023 diikuti Jerman (12.7 peratus), Iran (3.9 peratus), Amerika Syarikat (3.8 peratus) dan Pakistan (2.8 peratus).
"Prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub, benang getah dan kondom.
"Produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai sebanyak RM0.9 bilion pada Disember 2023, menurun 5.9 peratus berbanding November 2023 (RM1.0 bilion)," katanya.
Menurut DOSM, analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan lateks pekat merosot 2.2 peratus pada Disember 2023 kepada 537.63 sen sekilogram pada November 2023, manakala sekerap turut menyusut 3.4 peratus kepada 542.89 sen sekilogram pada bulan itu berbanding 562.24 sen pada bulan sebelumnya.
Harga bagi semua jenis Getah Mutu Malaysia (GMM) pula menurun antara 2.1 peratus hingga 2.2 peratus, katanya.
Menurut DOSM, prestasi suku keempat 2023 menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 1.5 peratus kepada 93,956 tan metrik berbanding 92,599 tan metrik pada suku ketiga 2023.
Sementara itu, prestasi pertumbuhan tahunan pengeluaran getah asli Malaysia pada suku keempat 2023 pula mencatatkan peningkatan 3.9 peratus berbanding suku keempat 2022 (90,399 tan metrik).
Menurut Malaysia Rubber Board Digest pada Disember 2023, trend pasaran getah Kuala Lumpur bercampur-campur dengan menyaksikan harga GMM 20 ditutup lebih tinggi pada dagangan terakhir tahun lepas.
Sentimen positif ini disumbangkan oleh keyakinan lebih tinggi terhadap lebih banyak langkah rangsangan yang diumumkan oleh China untuk menyokong pemulihan ekonomi serta dengan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan mula mengurangkan kadar faedah pada 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024
Mohd Uzir berkata eksport getah asli Malaysia berjumlah 45,591 tan metrik pada Disember 2023, menurun 11.7 peratus berbanding 51,643 tan metrik pada November 2023. - Foto fail/BERNAMA
TPM Fadillah tiba di Bali untuk hadir mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10 di sini bermula esok.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Ancaman terhadap Ahli Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.
Raja Salman jalani pemeriksaan kedua dalam tempoh kurang sebulan
Raja Arab Saudi, Raja Salman dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan buat kali kedua dalam tempoh kurang sebulan selepas didapati mengalami peningkatan suhu badan yang tinggi dan sakit sendi.
Tema revolusihat, apa yang boleh kita jangkakan?
Minggu ini kesemua peserta The Hardest Singing Show dicabar dengan tema Revolusihat yang menggabungkan nyanyian dan juga sukan.
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Malaysia negara pertama terima, TH edar Kad Haji Nusuk
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
PM desak AS henti salur senjata kepada Israel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat untuk menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
Pasaran getah tempatan ditutup tinggi
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 726 sen sekilogram.
Perdagangan borong, runcit catat jualan bulanan tertinggi RM143.9 bilion
Perdagangan borong dan tuncit Malaysia merekodkan nilai jualan sebanyak RM143.9 bilion pada Disember 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
GC SIAP: Malaysia perluas program statistik dengan komuniti Asia Pasifik
Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) komited untuk menjadi pemudahcara kepada perkongsian amalan statistik terbaik antara negara.
Perdagangan borong dan runcit pada Mei naik 6.6 peratus kepada RM138 bilion
Perdagangan borong dan runcit Malaysiamencatatkan nilai jualan berjumlah RM138.0 bilion, tumbuh 6.6 peratus tahun ke tahun pada Mei 2023.
Malaysia catat jumlah perdagangan RM2.8 trilion pada 2022
Malaysia mencatatkan lonjakan dalam jumlah perdagangan sebanyak 27.8 peratus kepada RM2.8 trilion pada 2022 berbanding RM2.2 trilion setahun sebelumnya.
Akses internet isi rumah meningkat 96 peratus - DoSM
Peratus isi rumah yang mempunyai akses Internet meningkat kepada 96 peratus tahun lepas, berbanding 94.9 peratus pada 2021, menurut laporan terkini Jabatan Perangkaan (DoSM).
Indeks Harga Pengeluar Malaysia 2.9 peratus lebih rendah pada Mac
Trend penurunan itu disebabkan oleh penyusutan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan yang terus mencatatkan perubahan negatif selama tiga bulan berturut-turut pada 2023.
Kerajaan kemas kini had pendapatan setiap kumpulan isi rumah, jangka terbit laporan pertengahan 2023
DoSM pada tahun 2020 telah menjalankan kajian menggunakan simulasi untuk mengambil kira impak pandemik COVID-19 kepada pendapatan isi rumah.
IPI Malaysia dijangka terus pulih sehingga akhir tahun - PIVB
Jangkaan pertumbuhan akan didorong oleh pemulihan dalam keadaan pandemik global, migrasi rangkaian selular global dan pembukaan semula sepenuhnya di ASEAN.