awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Kekosongan 3 DUN: "Harap jangan sampai PRK diadakan" - MB Perlis
Harap hubungan Bersatu-Pas kekal hingga tamat penggal - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluaran khas KWSP: Saya tidak menghasut - Ahmad Zahid

Sinar Harian
Sinar Harian
18/04/2022
07:25 MYT
Pengeluaran khas KWSP: Saya tidak menghasut - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, pencarum akan mendapat manfaat selain tempias positif kepada peniaga hasil pertambahan aliran tunai dalam pasaran. - Gambar fail
SHAH ALAM: “Tuduhan dilemparkan terhadap saya dan UMNO sengaja menghasut rakyat mengenai pengeluaran khas wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak benar,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, hampir pasti juga tidak benar pengeluaran kemudahan pengeluaran khas RM10,000 akan menjejaskan strategi pelaburan KWSP.
“Apa yang pasti ramai akan mendapat manfaat di sebalik pengeluaran itu termasuk mereka yang mungkin gigih mentohmah UMNO dan saya sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Isnin.
Ahmad Zahid berkata, pencarum akan mendapat manfaat selain tempias positif kepada peniaga hasil pertambahan aliran tunai dalam pasaran.
“Tentunya pengeluaran khas wang simpanan KWSP lebih bermakna tatkala umat Islam akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.
Beliau juga bersyukur kerana pengeluaran khas wang simpanan KWSP untuk mereka yang telah diluluskan permohonan dipercepatkan daripada 20 kepada 18 April hari ini.
“Terima kasih kepada yang memberi dan meluluskan pengeluaran khas wang simpanan KWSP milik saudara dan saudari ini.
“Selepas dibenarkan kini disegerakan maka terbuktilah KWSP sememangnya mempunyai kemampuan untuk membenarkan permintaan rakyat,” katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#KWSP
#UMNO
#Hari Raya Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan