awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluaran Peugeot RCZ akan dihentikan?

Astro Publication
Astro Publication
20/09/2014
12:44 MYT
Pengeluaran Peugeot RCZ akan dihentikan?
Ada laporan media negara barat yang mengatakan bahawa kereta sport Peugeot RCZ berkemungkinan besar tidak akan diperbaharui lagi. Ini satu berita yang menyedihkan dari satu sudut, dan sebaliknya dari sudut yang lain.
Menurut kata ketua pegawai eksekutif PSA yang baru iaitu Carlos Tavares, “Jenama kami memang memerlukan kereta sport, tetapi ia harus berupa variasi daripada model yang ada dan bukannya dihasilkan khusus sebagai kereta sedemikian”. Apa yang dimaksudkan adalah, model RCZ yang mempunyai rekabentuk yang unik pada dirinya – meskipun berkongsi pakej enjin dan kotak gear sedia ada – sudah tidak sesuai lagi. Sebaliknya, model seperti Peugeot 208 GTI lebih sesuai kerana kos penghasilan dapat dijimatkan.
Namun beliau menambah, “Hayat RCZ masih lagi ada masa.”
Dan jangan pula risau jika ini menandakan bahawa Peugeot akan kurang memberi perhatian kepada model-model yang lebih lincah. Sebenarnya, tidak banyak ketua syarikat kereta yang mempunyai ‘kegilaan’ memandu seperti Carlos Tavares.
Beliau cukup dikenali sebagai seorang yang berpangkat kanan di dalam syarikat kereta yang mempunyai minat mendalam untuk pemanduan lincah, bahkan kerja pertamanya selepas tamat universiti adalah bersama Renault sebagai seorang pemandu uji. Carlos turut mempunyai pasukan lumbanya sendiri – dan antara kereta yang digunakan untuk berlumba adalah…? Ya, Peugeot RCZ. Jadi tidak perlu risau sama ada Peugeot akan berhenti dari menghasilkan kereta-kereta yang hebat untuk dipandu. RCZ mungkin (atau tidak) akan diberhentikan pengeluarannya dalam masa terdekat; tetapi yang lebih penting adalah model-model hebat akan terus terbit daripada pengeluar ini.
Model RCZ diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan tahun 2011 dan sejak itu terus menjadi satu simbol bahawa Peugeot masih mampu untuk menghasilkan produk yang menawan dan mempunyai prestasi yang mengasyikkan. Tambah-tambah lagi ia boleh dipunyai dengan kotak gear manual – memang tiada yang sepertinya! Jika benar pengeluarannya akan dihentikan, pemilik sedia ada boleh yakin bahawa coupe ini akan menjadi satu ‘collector’s item’.
Topic Berkaitan
#
# Carlos Tavares
# RCZ
#Peugeot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan