KUALA LUMPUR: Seorang saksi dalam perbicaraan kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Ahli Parlimen Muar itu tidak mengikut prosedur selain mengakui terjebak dalam perkara itu sejak awal lagi.
Bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Rafiq Hakim Razali, 32, berkata, pengeluaran wang daripada akaun Armada itu adalah salah kerana tiada kertas kerja dikemukakan untuk membolehkan wang itu dikeluarkan daripada bank pada 6 Mac 2020.
"Jika ingin membuat pengeluaran wang sepatutnya ada kertas kerja mengenai program (yang dijalankan) dan kertas kerja dibentangkan kepada Majlis Ketua Armada terdiri daripada Ketua Armada sendiri, timbalan ketua Armada, penolong setiausaha dan saya sendiri," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Saksi itu bersetuju dengan cadangan bahawa tindakan Syed Saddiq mengarahkan wang RM1 juta yang dikeluarkan itu 'diclearkan' kerana takut duit berkenaan disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah satu kesalahan.
"Ia salah, kerana ingin menyorokkan sesuatu daipada pihak berkuasa. Kalau benda tak salah, kenapa ini berlaku," katanya.
Disoal lagi mengapa beliau masih mengagihkan wang berkenaan kepada Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Wilayah Persekutuan, Muhammad Daniel Kusari dan Muhammad Naqib Ab Rahim yang ketika itu ahli Bersatu atas arahan Syed Saddiq walaupun tahu ia satu kesalahan, saksi itu menjawab: "Sebab saya sudah terjebak dari awal, jadi saya teruskan".
Wan Shaharuddin: Boleh kamu jelaskan maksud terjebak?
Rafiq Hakim: Pengeluaran wang ini salah dari awal lagi... memang dari awal tidak ikut prosedur yang sepatutnya.
Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata, sekiranya wang itu tidak diagihkan kepada Muhammad Daniel dan Muhammad Naqib, beliau takut duit berkenaan akan disita oleh SPRM.
"Mungkin saya akan jadi saksi seterusnya untuk kes ini. Jadi, apabila SPRM sampai ke rumah saya, mungkin duit itu tidak ada di situ. Saya hanya mengikut arahan YB Syed Saddiq untuk mengagihkan wang itu kepada Muhammad Daniel dan Muhammad Naqib," katanya.
Saksi itu berkata, beliau tidak akan mengeluarkan wang berkenaan seterusnya mengagihkan kepada kedua-dua individiu itu sekiranya tidak menerima arahan daripada Syed Saddiq.
Rafiq Hakim dalam keterangan sebelum ini memberitahu, Syed Saddiq mengarahkan beliau supaya 'clearkan' wang RM1 juta dan sebanyak RM650,000 diagihkan kepada Muhammad Daniel dan RM250,000 kepada Muhammad Naqib manakala RM100,000 digunakan untuk program Armada atas arahan ahli politik itu.
Sementara itu, Rafiq Hakim bersetuju dengan cadangan peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Syed Saddiq bahawa tiada apa-apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan parti bahawa pengeluaran wang untuk tujuan program Armada memerlukan kertas kerja dan bersetuju tidak ada arahan undang-undang yang memerlukan kertas kerja pada masa itu.
Gobind: Menurut Perlembagaan Bersatu, apa yang perlu adalah penyata kira-kira atau akaun yang menunjukkan pengeluaran wang dan ia perlu dibentangkan pada akhir tahun kewangan. Itu yang diperlukan bukan?
Rafiq Hakim: Ya.
Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.
Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram dengan memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung esok.
- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tengah) keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini selepas perbicaraan kesnya berhubung empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dan pengubahan wang haram. - Gambar BERNAMA

Kerajaan sedia RM100 juta untuk Jualan Rahmah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk program untuk Jualan Rahmah.

Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai
Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai, dekat Tapah, hari ini.

Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek
Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Azeem Fahmi juarai acara 100m di Florida
Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjuarai acara 100 meter di Kejohanan Florida State Universiti Relays.

Pembantu pergigian maut, anak cedera dalam kemalangan kendiri
Mangsa sedang dalam perjalanan ke Mukah bersama anaknya ketika kejadian pada kira-kira 5 pagi itu.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Pakej Rahmah Haji tawar harga bawah RM50,000 - Menteri Agama
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH).

12 lorong RFID ditambah di Lebuhraya Utara-Selatan
Penambahan 12 lorong RFID di Lebuhraya Utara-Selatan sudah selesai dan mula beroperasi sejak 11 Mac lepas. Lorong tambahan berkenaan adalah di di Plaza Tol Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang, Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.

Peniaga ayam resah jualan kurang sambutan
Peniaga ayam di sekitar Melaka resah berikutan jualan mereka yang agak suram sejak hari pertama Ramadan.

Malaysia masih tunggu kelulusan tambahan 350 kouta haji tahun ini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan Malaysia masih menunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung pemohonan untuk mendapatkan tambahan 350 kouta haji bagi tahun ini.

MRSM berbayar: Syed Saddiq kemuka tiga persoalan
Beliau mempersoalkan keperluan MRSM berbayar sedangkan terdapat lebih 180 sekolah swasta dan antarabangsa di Malaysia.

Syed Saddiq tak setuju larang umat Islam lawat rumah ibadah lain
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak bersetuju dengan peraturan ditetapkan kerajaan Selangor berhubung isu melarang sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadat agama lain.

Prosiding bela diri Syed Saddiq selesai
Hakim memerintahkan kedua-dua pihak untuk memfailkan hujahan bertulis sebelum 3 April.

Pengeluaran RM1 juta bukan arahan Syed Saddiq - Saksi
Ulya Aqamah berkata, Syed Saddiq tidak pernah mengarahkan bekas Penolong Bendahari Armada Bersatu Rafiq Hakim Razali, mengeluarkan wang tersebut.

Pendakwaan dibuat kerana tidak sokong Muhyiddin - Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu bahawa dia dimaklumkan pertuduhan kes mahkamah dilakukan terhadapnya kerana tidak menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Syed Saddiq bela diri hari ini
Beliau akan memberi keterangan bagi menjawab pertuduhan yang dikenakan terhadapnya termasuk subahat dan pecah amanah.

Papagomo diperintah bela diri cederakan, hina Syed Saddiq
Papagomo diperintah untuk membela diri atas satu tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Keputusan Papagomo bela diri atau dibebaskan diketahui hari ini
Papagomo berkata, kes tersebut sampai kepada peringkat keputusan selepas empat tahun dibicarakan.

'Syed Saddiq janji akan kahwin sebelum PRU16' - Idris Ahmad
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal menamatkan zaman bujang sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Tanda tanya Muda tidak dijemput mesyuarat sekretariat
Setiausaha Agung Muda Amir Abd Hadi menyuarakan rasa terkilan kerana tidak diundang menghadiri mesyuarat pertama berkenaan.