awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengembara Malaysia-Singapura lengkap vaksin tak perlu kuarantin, laksana ujian COVID-19

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/03/2022
09:19 MYT
Pengembara Malaysia-Singapura lengkap vaksin tak perlu kuarantin, laksana ujian COVID-19
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia adalah terpakai ke atas semua kategori pengembara dan jenis pengangkutan darat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura bersetuju membenarkan semua pengembara yang telah lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia adalah terpakai ke atas semua kategori pengembara dan jenis pengangkutan darat.
Jelas beliau lagi, check point darat juga akan dibuka semula selama tempoh 24 jam sehari.
“Sehubungan itu, berikut adalah protokol khusus bagi semua pengembara yang melalui sempadan darat Malaysia-Republik Singapura:
“Pengembara yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, dibenarkan merentas sempadan darat antara Malaysia dan Singapura.
“Mereka juga tidak perlu menjalani kuarantin, melakukan pengujian COVID-19 sebelum berlepas; dan melakukan pengujian COVID-19 semasa ketibaan.
“Manakala bagi semua pengembara yang telah lengkap vaksinasi COVID-19 yang melalui sempadan udara Malaysia-Republik Singapura, mereka hanya perlu melakukan pengujian COVID-19 dalam tempoh dua hari sebelum berlepas.
“Mereka tidak menjalani kuarantin dan melakukan pengujian COVID-19 semasa ketibaan,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.
Jelas Khairy lagi, tiada had kekerapan ditetapkan bagi kenderaan yang menggunakan laluan darat dan juga penerbangan udara.
BACA: Sempadan darat Malaysia-Singapura dibuka bermula 1 April
Katanya, kedua-dua kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada syarikat penerbangan untuk menentukan jumlah penerbangan masing-masing.
Sementara itu, mengenai sempadan darat Malaysia-Thailand pula, hanya dua pintu sempadan darat yang telah dipersetujui untuk dibuka bermula 1 April ini.
Ia melibatkan Bukit Kayu Hitam-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan.
Katanya, kerajaan Thailand juga hanya bersedia untuk menerima pengembara pelancongan sahaja.
Manakala bagi pengembara harian dan kerap, perbincangan masih dijalankan antara Malaysia dan Thailand.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#pembukaan sempadan
#Singapura
#Malaysia-Singapura
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan